Tuesday, January 28, 2014

PKR MEMPERMIANKAN PILIHANRAYA KECIL DAN MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT

Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan tidak wajar sekiranya seseorang Adun itu meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh.

Menurutnya Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan wang rakyat yang agak banyak, jadi sekiranya seseorang Adun itu hendak meletakkan jawatan, adalah tidak wajar sekiranya hanya ingin memberi ruang kepada kawan dalam partinya untuk bertanding dan mengambil kerusi tersebut.

“...pilihan raya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah-mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan.

“...kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan-kawan maka itu satu pembaziran.. kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Media hari ini melaporkan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi itu.

Peletakan jawatan tersebut menguatkan desas desus bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi menteri besar Selangor dan dipercayai untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Antara nama lain yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Terdahulu Chin Cheh sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

No comments:

Post a Comment