Tuesday, January 28, 2014

KERANA KEGILAAN JAWATAN PAKATAN RAKYAT TERPAKSA AKUR KEPUTUSAN BAGANG ANWAR IBRAHIM

Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam.

Ketua Pemudanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata adalah tidak wajar bagi ADUN berkenaan melepaskan jawatan tanpa mempunyai sebab yang kukuh.

“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.

“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan Sinar Harian hari ini.

LAIN PULAK KATA NAIB PRESIDEN PAS

PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily. - Hrkh.

LIM GUAN ENG BAGAIKAN MELEPAS BATUK DI TANGGA

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dimaklumkan peletakan jawatan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh atau tentang jawatan Menteri Besar Selangor.

Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam PR, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan.  

"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus ditujukan kepada (Datuk Seri) Anwar.

"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang," katanya.

No comments:

Post a Comment