Thursday, May 16, 2013

UMNO Mulakkan dari sekarang! @MuaamarGhadafi @ZambryAbdKadir



 Kabinet sudah di bentuk, semua sudah diberi tanggungjawab masing-masing untuk memacu perkembangan negara – untuk meningkatkan kemakmuran dalam negara ini. Tugas ini adalah tugas bersama – dipimpin oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang di lantik untuk tujuan ini. Ini amat penting demi negara. Namun masalah yang wujud adalah masalah politik – masalah yang mampu menggagalkan segala usaha pembangunan sekiranya tidak di ambil langkah-langkah bersesuaian untuk mengembalikan sokongan ramai terhadap kabinet – terhadap parti memerintah dan terhadap peneraju negara ini. Ini penting – parti memerintah perlu melakukan segala usaha untuk mengembalikan keyakinan – membuat penerangan massa mengenai usaha kerajaan dan keperluan kita memulakan langkah ini amat terdesak sekali.
Barisan Nasional perlu melalui proses transformasi yang besar – semua komponen termasuk parti induk UMNO perlu melalui proses transformasi ini berpandukan keputusan PRU 13 yang benar-benar mencabar kita. Kita perlu ingat selepas PRU 13 – bukan bermakna politiking sudah tamat – ia tidak akan tamat sehingga PRU 14 – selagi ada saingan – selagi ada usaha untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Semua ini perlu diambil dalam pengiraan namun tugasan ini harus dilakukan atas struktur parti itu – ahli parti itu – kepimpinan parti itu sendiri. Jentera – jentera dalam parti itu sendiri harus bertindak dan ia harus tidak terikat kepada tugasan Menteri dan Timbalan Menteri untuk tujuan itu.
Membincangkan mengenai isu ini pengkhususan perlu dibuat pada UMNO – desakan transformasi dalaman khususnya dalam membuat langkah-langkah strategik tidak bersifat ad hoc tetapi lebih kepada perencanaan menyeluruh yang akan terus memberi kesan kepada rakyat khususnya Melayu. Langkah melakukan usaha pada saat-saat terakhir tidak akan memberi kesan besar malah tidak mutlak.
Kita kena lihat bagaimana mereka membentuk persepsi yang hari ini – kelihatan strategi mereka semakin berkembang dan semakin menyeluruh. Ini adalah kerana konsisten mereka dalam melakukan sesuatu – membentuk dan memperkembangkan dan akhirnya memberi kesan yang besar pada politik negara ini.
Dalam PR ada dua kategori – pengikut tegar mereka yang sentiasa – setiap kali – setiap masa melakukan penerangan – membentuk isu – membesarkan sokongan – menghentam kerajaan – menghentam parti dan melakukan perkara-perkara yang akan memberi persepsi buruk pada kepimpinan dan parti. Kategori kedua adalah mereka yang memimpin negeri dan melakukan segala bentuk usaha untuk menawan penduduk negeri itu dengan janji dan pelaksanaan yang mungkin tidak menyeluruh tetapi nampak memakmurkan. Segala langkah mereka akan di salurkan kepada mereka dari kategori pertama untuk diajukan sebagai alatan pemasaran yang akan lebih memberi kesan kepada perkembangan sokongan mereka.
Benar kita telah berjaya juga dalam menangani kehandalan media alternatif mereka – tetapi sekiranya kita lebih awal – lebih tersusun dan lebih strategi dalam melakukan perang saraf – menangani media alternatif dan dapat membentuk persepsi baru maka kita tidak akan kehilangan Selangor dengan lebih besar lagi.
Kita perlu ingatkan diri kita – benar kita menang dalam PRU 13 tetapi kemenangan yang tidak boleh hanya di dendang. Kita kena sedar bahawa menusuk idealisme dan membentuk persepsi bukan mengambil masa 1 atau 2 tahun. UMNO perlu menyiapkan dari awal – mula bertindak dan mula mengambil langkah. Cukuplah sambutan kemenangan yang diadakan – masa untuk mula melakukan perubahan dalam UMNO sendiri – untuk memulakan langkah bagi menjayakan kembali agenda besar parti.

No comments:

Post a Comment