Wednesday, April 03, 2013

Pemansuhan AUKU & PTPTN hanya janji-janji populis Pakatan

Hanya janji-janji populis Pakatan.bagi meraih perhatian golongan pemuda, pelajar IPT ataupun lebih dikenali generasi Y. Mengejar sokongan pengundi baru khususnya anak muda, pelbagai polemik digunakan oleh Parti Pembangkang. Bagaikan menabur janji-janji manis seperti pasangan yang hangat bercinta.

Kenapa Pakatan benar-benar hendak AUKU dihapuskan? AUKU adalah salah satu akta dimana telah diperkenalkan oleh TUN Dr Mahatdir Mohamad ketika beliau menjadi menteri pelajaran

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.







Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.  

PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional. Tabung ini dijana untuk membiayai kos pelajaran pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta. Tanpa tabung ini di manakah agaknya, keluarga pelajar yang kurang berkemampuan untuk meminjam bagi menampung kos pelajaran anaknya di IPTA atau IPTS?
Justeru, kewujudan PTPTN pada tahun 1997 adalah sebuah badan memberi pinjaman wang bagi membiayai kos pelajaran. Kalau dahulu, ibu bapa tidak dapat meminjam di mana-mana badan, apabila anak mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti. Lantas ada di antara mereka bergolok-gadai. Manakala mereka yang berharta pula  terpaksa menggadai atau menjualkan tanah untuk mendapatkan wang tunai. Mereka tegar “kehilangan” tanah demi pelajaran anak-anak. Apatah lagi tawaran ke universiti bukan datang banyak kali.
Menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya.
Malahan Barisan Nasional sendiri pun dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan PTPTN ini?
Tanpa PTPTN dianggar puluhan ribu pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa dan pinjaman lain tidak dapat meneruskan cita-cita mereka melanjutkan pelajaran.
Ini juga bermakna puluhan Universiti dan Kolej Swasta akan terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Rentetan itu juga ribuan orang dari pensyarah, pentadbir dan pekerja am di IPTS akan kehilangan kerja mereka. Inilah kesan secara langsung jika PTPTN hendak ditutup.

Dalam jangkamasa panjang keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia akan kembali ke belakang. Jumlah pemegang  ijazah, diploma dan sijil kemahiran akan menurun kerana kerajaan tidak mungkin mampu menampung semua pelajar melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Maka kita akan kembali ke zaman 60-an, 70-an dan 80-an di mana kebanyakan belia dan remaja menjadi pekerja kilang.

Idea menubuhkan institusi pinjaman kepada pelajar pernah disarankan oleh Prof Engku Aziz pada 1973 dan dinamakan sebagai Tabung Siswa untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan kemudahan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi.

Idea pakar ekonomi itu ternyata amat bijak kerana kaedah tersebut boleh membantu perkembangan sektor pendidikan negara sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

 sebagai bahan rujukan:
http://jomstadi.blogspot.com/2012/06/8-fakta-ptptn-yang-perlu-anda-ketahui.html#axzz2PLqf3rMV





 #TolakPR
 #ManifestoBukanJanji 
#GE13
 #PRU13







 

1 comment: