Wednesday, April 03, 2013

Barua manusia sehina BoB Lokman

Kerana Politik Bob Lokman Hina Ibu Bapanya




Oleh Nor Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon lelaki, Bob Lokman yang juga ahli parti PAS hari ini menggemparkan khalayak apabila mengakui bahawa beliau hanya menjadi Islam selepas masuk Pas.

“Untuk masuk Islam, saya perlu masuk politikIni tanggungjawab sebab saya perlu untuk bersama kumpulan untuk sampaikan Islam. 1 Malaysia tak semuanya Islam. Bulan kedua saya isytiharkan saya mualaf. Dalam IC atau surat beranak tulis Islam tak semestinya Islam. Selepas tiga tahun ini baru saya tahu saya Islam. Saya masuk Pas bukan sebab saya nak tapi tiba-tiba dipanggil."

Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan khalayak yang hadir sama ada Bob Lokman menyalahkan ibu bapanya kerana tidak memberi pengajaran Islam.

Kita juga pasti tertanya-tanya apakah bentuk manusia muslim yang menganggap beliau hanya menjadi Islam selepas masuk Pas.


Apakah Islam mengajar Bob Lokman berceramah memaki hamun dan memfitnah
?
Selain itu, Bob Lokman tutur mengakui bahawa Pas menggunakan dirinya sebagai artis untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang nanti.

Bob Lokman melontarkan pandangannya itu dalam Wacana Sinar Siri ke-18 berjudul “Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi” yang bertempat di Syarikat Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

Kata Bob, keahliannya sebagai ahli PAS yang bijak berkata-kata dalam setiap ceramah PAS yang disertainya membuktikan kredibilitinya untuk menarik undi dari rakyat.Bob juga memaklumkan dirinya juga diletakkan sebagai ‘umpan’ dalam parti PAS bagi menarik orang ramai menyertai PAS dan mengundi parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Sebagai artis ini, kredibiliti dia memang untuk pancing undi. Tak perlu tunjukkan sikap pandai politik.

“Contohnya, saya diletakkan sebagai umpan, saya selalu diletakkan di hujung ceramah supaya orang ramai tunggu saya untuk dengar saya bagi ceramah. Kalau awal-awal saya bercakap, hujungnya nanti tak ada orang nak dengar,” kata Bob.

Tambah Bob, industri politik sememangnya mengamalkan cara menarik minat rakyat menyertai satu-satu parti politik itu dengan mengetengahkan artis yang ada.

Justeru, Bob tidak menafikan parti PAS telah menggunakan kredibiliti artis untuk mencapai hasrat penting dalam parti tersebut.

Disebabkan dirinya juga yang mempunyai kredibiliti seperti yang diperkatakan oleh Bob, dia mengakui dirinya sebagai artis yang menyertai PAS mampu menarik undi dari rakyat.

“Kerja politik memang begitu, guna artis untuk sampaikan hasrat dan matlamat parti. Jadi, kredibiliti saya terbukti kerana memang saya berjaya untuk pancing undi,” katanya.

Sunar HARUAN


Harap dia sedar, bahawa makin byk dia bercakap.. Makin bodoh nampaknya. Memang sesungguhnya, org yg bijaksana berkata2 dgn fikiran, bkn dengan lisan

No comments:

Post a Comment