Thursday, April 11, 2013

PAKAR-PAKAR EKONOMI MEMUJI DAN YAKIN DENGAN MANIFESTO BN #ManifestoBN #APromiseofHope #GE13 #PRU13 #BetterNation

Manifesto BN yang di lancarkan pada 6 April 2013 yang di lancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Jalil  mendapat sambutan yang baik daripada rakyat malah jugak ramai pakar-pakar ekonomi memuji dan yakin dengan #ManifestoBN menepati kehendak rakyat, 

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, berkata manifesto itu kesinambungan program sedia ada kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat berpaksikan pertumbuhan ekonomi, bukan secara drastik seperti janji pakatan pembangkang. 


Mampu tunai janji 

“Manifesto BN berdasarkan tiga perkara utama, iaitu kritikal secara ekonominya, boleh dilaksanakan serta bergantung kepada kedudukan semasa dan pertumbuhan ekonomi negara. Pokoknya, ia cara bagaimana kerajaan merancang meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi perkara asas,” 

Noor Azlan memberi contoh, janji pembangkang menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pendidikan percuma, lebih bersifat drastik dan tidak mengambil kira kesan rantaian ekonomi, hanya memanfaatkan kelompok tertentu, tetapi memberi kesan kepada kelompok lain seperti ratusan kolej swasta. 

Mengenai penurunan harga kereta, beliau berkata, ia sepatutnya dilakukan secara berperingkat, selain daya saing pengeluar kereta nasional perlu ditingkatkan seperti digariskan dalam Manifesto BN kerana isu utama bukan penurunan harga, tetapi kuasa beli atau keupayaan rakyat mendapatkan khidmat, peluang dan peningkatan pendapatan. 

Kelompok sasar 

“Ini dilakukan BN melalui program transformasi dan produk 1Malaysia, termasuk BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Penekanan subsidi distruktur semula kepada kelompok sasar iaitu golongan pendapatan rendah,” katanya yang memuji janji BN menyasarkan RM1.3 trilion pelaburan menjelang 2020 bagi menyediakan 3.3 juta peluang kerja baru. 

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata peningkatan kadar BR1M adalah janji realistik yang mampu ditunaikan kerajaan BN, selari dengan sasaran menarik RM1.3 trilion pelaburan asing. 

“Ia juga sejajar peningkatan kos hidup rakyat dan akan membantu merancakkan ekonomi domestik sebab golongan bawahan akan terus berbelanja. Saya yakin dengan sasaran pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun serta menarik RM1.3 trilion pelaburan yang cukup untuk menampung BR1M,” katanya. 

Shazali berkata, dari segi ekonomi, bantuan sosial itu kesinambungan kepada dasar sedia ada berasaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi negara dan yakin jika perancangan kerajaan berjalan lancar, Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan hasil terus meningkat dan lebih banyak manfaat bakal dinikmati rakyat

ManifestoBN menepati kehendak rakyat, kata Presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Sebelom ni #TukangPikiaq pernah keluar kan artikal tentang  BN ATAU PR YANG MENIRU MANIFESTO dalam artikal ini #TukangPikiaq menulis panjang lebar siapa yang meniru. Sebenarnya mereka yang ciplak polisi-polisi BN. Untuk mengukuh kan lagi lihat video ini. (Clik gambar untuk video)














No comments:

Post a Comment