Saturday, April 06, 2013

Kegiatan Mengkafir Dan Memulau Di Mamali


Peristiwa di kampung Memali, Baling pada 19 November 1985 yang meragut nyawa termasuk 4 orang angota Polis. Tragedi tesebut telah mencemarkan imej negara. Kejadian itu berpunca daridapa tindakan di luar lunas-lunas demokrasi oleh sekumpulan orang-orang yang mencabardan mengenepikan prinsip undang-undang negara.

Golongan-golongan pelampau ini jugak menanamkan semnagat jihad dan syahid yang diputerbelit mengikut tafsiran dan kepentingan politik PAS. Dengan cara itu, mereka telah berjaya mempengaruhi dan menyakinkan penduduk Kg Mamali mengatakan kerajaan itu kafir dan perjuangan PAS adalah jihad. Matinya orang-orang PAS di angap syahid.

Kejadian sebenar yang berlaku di kampung Mamali telah dihasut oleh orang-orang tertentu untuk menghasut penduduk untuk menentang dan mengulingkan kerajaan secara kekerasan.

Ibrahim bin Mahmood atau Ibrahim Libya dilahirkan di kampung Charok Puteh Baling Kedah lahir pada 1 julai 1942. berkerja di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Meletak jawatan tersebut pada 16 Januari 1976. Pulang ke KG Mamali untuk mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah.
Bertanding sebagai calon Pas bagi Adun pada Piliharaya Umum bulan julai 1978 dan Pilihanraya bulan April 1982 tetapi kalah dalam kedua-dua pilihanraya berkenaan.

Sejak aktiviti PAS ditingkatkan oleh Ibrahim Libya di KG Mamali , tindakan mengkafir sesama islam, memulau dan menanam konsep jihad dan syahid menjadi ketara. Orang-orang PAS di Kg Memali telah mengangap orang-orang UMNO dan pasukan polis kafir. Semangat menentang Kerjaan dan Polis makin bertambah kuat dari masa ke semasa apabila kumpulan Ustaz Ibrahim mendapat pujian daripada pemimpin-pemimpin PAS.

Dalam hal kematian , jika ada orang PAS yang meningal, sebahagian besar orang UMNO akan datang berziarah. Tetapi jika ada kematian di kalangan orang UMNO , Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut nya tidak pergi menziarah jenazah tersebut.

Masyarakat Mamali mengadakan sembelihan korban di Madrasah Islahiah Diniah pada tiap-tiap tahun. Ustaz Ibrahim Libya tidak membenarkan orang-orang UMNO dijemput dan daging korban tidak disedekahkan kepada mereka dengan alasan orang UMNO kafir.

Perangai Ustaz Ibrahim Libya sangat garang ramai ahli PAS dan lain-lain orang tidak setuju dengan sikap Ustaz Ibrahim. Oleh kerana takut di pulau, pengikutnya dan orang kampung terpaksa menurut apa yang di suruh oleh Ustaz Ibrahim. (menurut cerita Sulaiman bin Mahmod, Setiausaha PAS Cawangan Kg, Charok Kedah)

Pada awal tahun 1984, Haji Abdul Rahman bin Jusoh(ahli PAS Kg Benhah Sawa) telah mengadakan kenduri perkhawinan anaknya dan di antara tetamu undangan anak sedaranya ahli UMNO. Ibrahim Libya dan beberapa orang pengikutnya telah memulaukan majlis tersebut dan seterusnya dalam satu kuliah agamanya, Ibrahim Libya menyatakan "orang-orang seperti itu(Haji Abdul Rahman) tidak harus dijawap salamnya dan tidak boleh dijadikan islam"

Pada April 1985, Majlis perkhawinan anak perempuan Abdullah bin Waboh(Ahli PAS Kg Charok) bapa saudara kepada Ibrahim Libya. Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya  telah memulaukan majlis bapa saudara nya sendiri dengan alasan pengantin lelaki itu anggota polis dan ibubapa pengatin lelaki tersebut merupakan ahli UMNO. Di dalam kuliah agama selepas majlis perkhawinan tersebut Ibrahim Libya menyatakan "bahawa perkahwinan di antara orang islam (PAS) dengan orang yang menentang PAS (UMNO) tidak sah"







No comments:

Post a Comment