Saturday, April 06, 2013

Amanat Haji Awang Penuh Dengan Menghasut #VoteBN #TolakPR





Tokoh-tokoh PAS begitu ghairah menghurai dan menanamkan semangat jihad dan syahid di kalangan ahli-ahli dan penyokong -penyokong parti PAS. Oleh kerana terpengaruh dan taksub dengan penerangan yangdi sampaikan, maka timbul lah hasrat di kalangan mereka untuk berjihad menentang kerajaan yang dikafirkan oleh pemimpin mereka. Kelantangan para pemimpin PAS dalam menanam semangat jihad dan syahid mengikut pengertian mereka sendiri jelas terkandung dalam ceramah Haji Hadi Awang di Bangol Peradong terenganu pada 7 April 1981.
sedutan ucapan tersebut kemudian telah disebarkann oleh PAS dalam berbagai-bagai bentuk atas tajuk "Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Seruan jihad dan syahid seperti yang terkandung dalam "Amanat" ini sentiasa di laung-laungkan oleh para pemimpin PAS di setiap majlis ceramah dan perjumpaan mereka di merata tempat.



Menurut kenyataan Muhammad Yusof bin Husin(orang kanan Ibrahim Libya):
 "Amanat Tuan Guru Haji Hadi Awang menjadi satu pegangan yang konkrit kepada sebahagian besar ahli-ahli PAS. Saya telah berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman orang-orang UMNO itu kafir serta mati dalam perjuangan menetang kerajaan adalah mati syahid"

"Jihad yang dimaksudkan oleh Ustaz Ibrahim Libya kepada pengikut-pengikutnya ialah jihad dengan senjata menentang Kerajaan yang angkuh, berpura-pura hendak menjalankan hukum Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak mahu. Pihak Polis juga bertindak mengikut undang-undang yang bukan Islam, kerana itu mereka juga harus diperangi kerana mereka hendak menghalang orang lain atau guru yang berjuang menegakkan islam"

"Ustaz Ibrahim Libya menyakinkan bahawa pada zaman ini pintu ke syurga begitu sempit sekali melainkan jika seseorang itu gugur syahid dalam peperangan menegakkan Islam. Mengikut interprestasinya, mati syahid adalah satu-satunya jalan atau cara yang boleh dicapai oleh Umat Islam sekarang kerana syahid syahid setaraf kedudukannya dengan para Ambiya, Awliya dan Solihin. Untuk menjadi Nabi sudah tiada ada peluang sebab Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi akhir zaman dan untuk menjadi Awliya atau pon wali juga terlalu sukar bagi orang-orang Islam biasa kerana ianya perlu kepada latihan kerohanian yang tinggi. Untuk menjadi orang yang solih pun sukar kerana iamya memerlukan kepada kepatuhan yang tinggi dengan mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah dan meningalkan apa yang ditegah olehNya secara total. Pilihan yang masih ada bagi orang Islam biasa hanya cara mati syahid kerana senang dicapai. Ini boleh dilakukan dengan berjuangatau menentang Kerajaan yang dikatakan tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran dan jugak terhadap sesiapa sahaja yang menghalang seseorang ulamak yang berjuang untuk menegakkan agama Islam"

Pertengahan tahun 1984 Ibtahim Libya terus menerus menyampaikan sikap pelampau dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS menerusi ceramah-ceramah anjuran PAS di negeri-negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Kegiatan itu menghasut di kalangan masyarakat Islam setempat.

Diantara hujah-hujah disampaikan:
19 mei 1984 di surau Kampung Cheh Bukit Gantang Perak"Al Quran dan Al Sunnah tidak wujud di negara ini. Sesiapa yang menolak hukum Al Qoran adalah murtad. Sekiranya takut berjuang untuk Islam lebih baik keluar PAS. Memperjuangkan Islam bukannya dengan sateraa tetapi dengan pedang kerana syurga terletak dibawah kilatan pedang"

12 jun 1984 di Kampung Musa Pedu Kuala Nerang Kedah"Menentang sesiapa saja dengan pedang walau pun adik, abang, pak cik atau datuk nenek kita sendiri dan jangan kita campuri mereka kerana mereka itu murtad. Jangan bercampur gaul dengan orang-orang UMNO yang telah kafir. Sembelihan mereka, masakan mereka adalah haram. Jangan kita hadiri kenduri mereka"

19 julai 1984 di Kampung Tualang Langar Kedah "Jangan takut dan gentar dengan tangkapan Kerajaan. Perjuangan PAS direstui Allah dan berdoa semoga semua pejuang PAS akan dimasukan ke dalam golonan syuhada. Bangkit menentang pemerintahan 2M dengan apa cara sekalipun dan jika perlu, nyawa dan harta benda di korbankan"

No comments:

Post a Comment