Monday, April 15, 2013

#TolakPR #VoteBN KEZALIMAN PAS

Peristiwa meroboh Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada Khamis, 2.10 petang 26 Mei 2005 telah menjadi 1 kredit bagi PAS untuk mengatakan UMNO zalim selepas kejatuhan Kerajaan HAJI HADI AWANG ketika itu

Peristiwa itu masih lagi di bawa oleh penceramah-penceramah PAS hingga kini untuk menunjukkan bertapa zalim nya UMNO semasa UMNO mengambil alih Terangganu tahun 1994. Sepanjang pemerintahan PAS (1999-2004)  di Terenganu masih ramai tidak tahu dan tidak di ceritakan oleh penceramah PAS tentang kezaliman PAS masa Kerajaan di ambil alih oleh pihak PAS. 

Masjid’ Bujal tu hakikatnya adalah sebuah premis yg di dirikan secara tergesa-gesa oleh penyokong Pas dalam usaha mereka utk menghalang kerajaan Terengganu daripada mengambil semula tanah tersebut selepas di bahagi-bahagikan oleh kerajaan Pas sebelumnya kepada penyokong mereka.
Ia bukannya tanah wakaf utk masjid atau surau, bukan jugak tanah persendirian sebaliknya tanah berkelompok yg di bahagi-bahagikan sesuka hati kepada penyokong parti tanpa mengikut saluran yg betul.



SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.

2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’

3. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

4. UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT:Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya.

5. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis).

6. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa.

7. KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

8. PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas.

9. TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001.

10. IMBUHAN HADFIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.

11. PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK.

12. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)

13. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

14. PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.

15. CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan.

16. JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.

17. POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih ¼ juta RM.

18. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu.

19. HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

20. TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

21. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar.

22. PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.

23. KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas.

24. LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas.

25. RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas.


Pas dicabar jelaskan pengurniaan tanah rizab

Oleh MARZUKI YUSOFF (www.utusan.com.my)

KUALA TERENGGANU 30 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencabar Pas untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya mengurniakan banyak lot tanah rizab kerajaan kepada golongan kaya semasa parti itu memerintah negeri ini.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sabri Alwi berkata, para pemimpin Pas semasa menerajui kerajaan negeri dulu perlu menjelaskannya kerana rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, berdasarkan kepada senarai penerima lesen menduduki sementara (LMS) bagi tanah-tanah rizab kerajaan semasa Pas memerintah negeri ini, banyak daripadanya adalah golongan berpendapatan tinggi sehingga hampir RM15,000 sebulan.

``Kita juga mahu Pas menjelaskan ke mana perginya wang yang dibayar oleh sesetengah penduduk kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi proses mendapatkan tanah-tanah tersebut.

``Pemuda UMNO sudah menerima beberapa nama penduduk terbabit yang telah membuat pembayaran tetapi tidak mendapat tanah-tanah kerajaan itu,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini, petang ini.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya sebelum ini mengelak campur tangan dalam isu tersebut kerana menganggapnya sebagai `isu pentadbiran' yang perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.

``Tetapi Pas nampaknya telah menggunakan tindakan pihak berkuasa mengambil semula tanah-tanah rizab daripada sesetengah penerima LMS yang telah tamat tempoh untuk menghasut dan meracuni rakyat.

``Langkah Pas itu adalah bagi mengelabui mata rakyat dan cuba menutup tindakan mereka yang bertentangan dengan undang-undang sebelum ini,'' tegasnya.

Mengenai isu `masjid' di Kampung Bujal, Beris Meraga, Kemaman, yang dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Pas, beliau berkata, premis itu bukannya masjid tetapi premis yang akan dijadikan markas parti pembangkang itu.

``Pemuda UMNO difahamkan premis itu didirikan secara tergesa-gesa selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

``Lebih pelik lagi ialah apa yang didakwa kononnya sebagai masjid itu dibina di kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang tidak mempunyai penduduk dan penduduk sekitar boleh menggunakan masjid sedia ada yang dibina oleh kerajaan,'' katanya.

Beliau menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil tuduhan Pas mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bertindak zalim merobohkan masjid sedangkan banyak masjid baru dibina.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya percaya propaganda Pas berhubung isu tanah itu adalah bagi menyelamatkan karier politik pemimpin mereka yang kini menerima tekanan daripada penyokong dan ahli parti itu yang telah membuat bayaran kepada JSR bagi urusan mendapatkan tanah-tanah itu dulu.

``Pemuda UMNO mahu penyokong Pas yang menghadapi masalah supaya tampil bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung cara pengagihan dan pembayaran dibuat bagi mendapatkan tanah-tanah tersebut,'' ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan hari ini kesal kerana Pas melakukan pembohongan apabila menuduh berlaku kezaliman dalam isu merobohkan masjid di Kampung Bujal itu.

``Apa yang dirobohkan itu hanya sebuah premis yang didirikan secara tergesa-gesa tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dipanggil masjid oleh pembangkang bagi melindungi mereka yang telah melanggar undang-undang.

``Kalau di kawasan RTB Kampung Bujal memerlukan masjid, kenapa tidak dibina ketika Pas memerintah dan mewartakannya tetapi mereka berbuat demikian selepas kalah,'' tegasnya.

Selain itu, menurut Ahmad Shabery, para pemimpin Pas perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa dalam tempoh parti itu memerintah Terengganu dulu, tiada masjid yang dibina di daerah Kemaman sedangkan terdapat keperluan ketika itu.

``Kami sedang memantau perkara ini dan akan mengambil langkah-langkah perlu yang sesuai termasuk membuat laporan polis,'' katanya.

*DI KEDAH PAS MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIYYAH YANG BERUSIA SEKITAR 100 TAHUN*

No comments:

Post a Comment