Wednesday, March 20, 2013

CM Penang Stupidirty humidity kaw kaw!!!

euwww bodohnyaa celaka ni.....

So #tukangpikiaq ulang dan terus Ulang..


 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata bantahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap pembinaan terowong dasar laut atas alasan "berlaku kemalangan" adalah tidak lojik.

Lim berkata CAP tidak harus membuat kenyataan yang subjektif dan mengikut sentimen kerana presidennya S.M. Mohamed Idris tidak menghadiri dialog mengenai projek mega cadangan kerajaan negeri itu.

"Kalau CAP mahu berbincang dengan kerajaan negeri, pintu saya terbuka bila-bila masa untuk S.M. Idris. Tapi jangan sebut kerana ada kemalangan kita tak boleh bina terowong.

"Kalau macam ini jangan bina jalan kerana pun ada kemalangan. Jangan gunakan logik macam ini, saya rasa ini (alasan CAP) kurang waras," kata Lim ketika mengulas bantahan CAP terhadap cadangan pembinaan terowong itu.

S.M.Idris semalam menyuarakan kerisauan terhadap projek berkenaan terutama dari segi keselamatan.

Lim berkata keputusan terakhir untuk membina terowong itu tertakluk kepada penilaian impak alam sekitar (EIA) dan kerajaan negeri tidak akan meneruskan projek itu jika laporan EIA tidak meluluskannya.

"Satu tender yang diberikan tertakluk kepada suatu kontrak yang hanya akan ditandatangani selepas perbincangan butir-butir terperinci dalam beberapa bulan lagi. Ada lagi yang boleh diubah," katanya.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri pimpinan DAP melibatkan pembinaan tiga lebuh raya utama dan terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. 


# komen #tukangpikiaq  penentangan bukan sahaja mai dari CAP sahaja. banyak lagi NGO-NGO yang terlibat tidak bersetuju dgn KERAjaaan DAP ni. #tukangpikiaq simpulkan pembinaan terowong ini bukan jalan terbaik utk selesaikan masalah kesesakkan lalulintas. cerdik la sikit CM.. macam rakyat MARHEIN mcm #tukangpikiaq ni yang xdak laa guna sgt kenderaan bermoto.. Impaknya bukannya keseluruhan.. baik lu naik taraf kenderaan awam la.. ni lu buat terowong lu taw kaa boleh setel itu JEM. Pi raa Mabukk!!!


No comments:

Post a Comment