CHEGUBARD dan kuncu-kuncunya mula gelisah bila cadangan untuk mengharamkan UMNO melalui penubuhan sebuah NGO, terdedah kepada umum sebelum NGO tersebut dilancarkan pun. NGO tersebut bakal dikenali sebagai Gabungan Haramkan UMNO.
Yang penulis katakan terdedah ialah
pendekatan yang bakal digunakan untuk menjayakan matlamat tersebut
(mengharamkan UMNO). Ironinya, perkara itu didedahkan sendiri oleh
sebuah portal pembangkang, cari sajalah di Internet, penulis tak mahu
nak beri publisiti percuma.
Ringkasnya, si badak air ini sedang
berangan nak mengulangi semula peristiwa pengharaman UMNO pada 1988,
tapi dia terlupa bahawa situasi pada ketika itu dan sekarang adalah jauh
berbeza. Selain dia tu sendiri tidak ada locus standi untuk bawa perkara ini ke mahkamah, pasal dia bukan ahli UMNO.
Tapi mengetahui pembangkang, adalah akalnya nanti tu.
Ahli UMNO bagaimanapun usah bimbang.
Sekarang, setiap cawangan perlu berdaftar sendiri dengan Pendaftar
Pertubuhan, bukan macam dulu, semua pun dibawah tangungan UMNO selaku
badan induk.
Jadi kalau anak haram ini jumpa cawangan yang bermasalah itupun, cawangan tersebut sahajalah yang diharamkan, UMNO tidak.
Selain dari itu, calon-calon UMNO dalam
pilihanraya umum akan datang, bertanding atas tiket BN.. Kalau UMNO
diharamkan sekali pun, ia tidak menjejaskan kedudukan BN sebagai
kerajaan persekutuan mahupun negeri.
Maka itu #tukangpikiaq yakin bahawa usaha ini
akan jadi satu lagi usaha yang sia-sia, dan penulis tidak berminat lagi
untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenainya.
Yang penulis lebih utamakan sekarang
ialah membawa rakyat menilai pendekatan yang sedang digunakan
pembangkang sekarang demi untuk mengatasi UMNO dengan cara kotor macam
ini. Mentang-mentang lawyer pembelit ramai dalam Pakatan, bukan main
lagi ya.
Tak dapat cara pilihanraya, dia nak guna
cara kotor macam ini pulak. Samalah macam kes saman Anwar ke atas
seorang blogger, tak dapat tuannya, ex bini pun diseretnya sekali.
Kalau UMNO yang buat macam ini, dikatakannya politik tidak bertamadun, yang dia tu bertamadun sangatlah agaknya?
Nasihat #tukangpikiaq, daripada badak air ini
buang masa untuk mengharamkan UMNO, adalah lebih baik dia cari jalan
bagaimana nak menghalalkan Pakatan Rakyat tu.
5 tahun dah sejak ditubuhkan Anwar
Ibrahim, sampai sekarang Pakatan Rakyat ini masih tidak berdaftar, nak
bertanding dalam pilihanraya pun terpaksa guna lambang parti komponen
masing-masing.
Nah ini lagu saya tujukan kepada Pakatan haram
http://www.youtube.com/watch?v=hjYNrDuRHh0
chegu bard ni tak pandai-pandai dari dulu, nak haram kan UMNO la pulak, hari tu kantoi dengan invoice palsu cincin rosmah, isu tak synergy langsung,korup idea.
No comments:
Post a Comment