Wednesday, January 29, 2014

RESPON PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TERHADAP PRK KAJANG

Respon pemimpin-pemimpin PAS:

“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

TERKINI MASJID BAYAN BARU DI SERANG



Semakin menjadi-jadi kali ini MASJID BAYAN BARU di serang oleh pihak tertentu adakah ini konspirasi terancang oleh pihak yang sama memangsang banner kalimah ALLAH dan membaling molotiv cocktail.





Lebih 10 NGO Pulau Pinang membuat laporan polis  sebentar tadi.
Antara NGO terlibat

Persatuan Belia Merong
Persatuan  Muka Buku
Persatuan Kebajikan Insan Mulia
Perkasa
Squad Rejam
Gpms
Al Ehsan


Tuesday, January 28, 2014

KERANA KEGILAAN JAWATAN PAKATAN RAKYAT TERPAKSA AKUR KEPUTUSAN BAGANG ANWAR IBRAHIM

Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam.

Ketua Pemudanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata adalah tidak wajar bagi ADUN berkenaan melepaskan jawatan tanpa mempunyai sebab yang kukuh.

“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.

“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan Sinar Harian hari ini.

LAIN PULAK KATA NAIB PRESIDEN PAS

PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily. - Hrkh.

LIM GUAN ENG BAGAIKAN MELEPAS BATUK DI TANGGA

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak dimaklumkan peletakan jawatan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh atau tentang jawatan Menteri Besar Selangor.

Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam PR, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan.  

"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus ditujukan kepada (Datuk Seri) Anwar.

"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang," katanya.

PKR MEMPERMIANKAN PILIHANRAYA KECIL DAN MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT

Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan tidak wajar sekiranya seseorang Adun itu meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh.

Menurutnya Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan wang rakyat yang agak banyak, jadi sekiranya seseorang Adun itu hendak meletakkan jawatan, adalah tidak wajar sekiranya hanya ingin memberi ruang kepada kawan dalam partinya untuk bertanding dan mengambil kerusi tersebut.

“...pilihan raya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah-mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan.

“...kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan-kawan maka itu satu pembaziran.. kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Media hari ini melaporkan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi itu.

Peletakan jawatan tersebut menguatkan desas desus bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi menteri besar Selangor dan dipercayai untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Antara nama lain yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Terdahulu Chin Cheh sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

LUAHAN HATI SUAMI NURUL IZZAH


Antara luahan Raja Ahmad Shahrir, 35, kepada Nurul Izzah, 33, adalah:

1 Januari:

"Take care sayang, sleep tight

Izzah, my Princess of the misty light;

New resolution, for the upcoming;

New year, new dawn, new beginning"

(Jaga diri sayang, tidur lena Izzah,

Puteriku dalam cahaya yang berkabus;

Azam baharu untuk tahun baharu;

Fajar baharu, permulaan baharu)

29 Disember:

"mulanya duka kini lara

teman tiada hanyalah sendu

bila rindu mula membara

itulah tanda cinta padu"

27 Disember:

"Almighty God, it is only to You I depend on to hear and answer my sincere and heartfelt prayers. Grant me this and I will be forever grateful"

(Tuhan yang Maha Kuasa, hanya kepada Engkaulah aku berserah untuk mendengar dan memakbulkan doa-doaku yang jujur dan tulus ikhlas. Makbulkan doaku dan aku akan bersyukur buat selama-lamanya)

27 Disember:

"Sesungguhnya kehidupan ini bukan mudah, kita sama-sama kuatkanlah iltizam untuk memperbaiki keadaan, Allah akan menghulurkan bantuan-Nya pada kita".

27 Disember:

"Turunkanlah kasih sayang pada hamba-Mu dan keluarga hamba-Mu ini, kuatkanlah ikatan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir hayat kami".

27 Disember:

"Lindungilah kami dari pengaruh syaitan yang direjam dan bantulah kami hamba-hamba-Mu agar memahami dan mendalami agama-Mu secara ikhlas".

27 Disember:

"God is Great, to Him we submit. Our lives, choices and feelings are of Your grace. Hear out your humble servant, let not she be disgraced"

(Tuhan Maha Besar, kepada-Nya kita berserah. Hidup, pilihan dan perasaan kami bergantung kepada sifat Maha Pemurah-Mu. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini, jangan biarkan dia dimalukan).

19 Disember:

"Simbahan cahaya bulan mengembang,

Bayangan sebalik pokok gaharu,

Kalau bahaya menimpa abang,

Jagalah Harith, Safiyah semampu"

18 Disember:

"Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak"

9 Disember:

"Aku memohon pada-Mu agar hati yang keras menjadi lembut, dan perasaan kasih sayang, sikap toleransi, sabar menjadi lumrah kehidupan kami."

3 Disember:

"Lancang kuning lancang pusaka,

Nampak dari Tanjung Tuan,

Kalau kering laut Melaka,

Barulah saya lupakan puan".

29 November:

"Masuk hutan berburu musang,

Musang mati diselit seluar,

Macam mana hati tak bimbang,

Ayam di sangkar disambar ular".

29 November:

"Akar nibong meresap-resap,

Tanah Segambut dibawa perahu,

Kampung terbakar keluar asap,

Hati terbakar siapa yang tahu".

28 November:

"Mendoa mengenang arwah tok yan,

Bertongkat dagu membawa diri,

Mata mengantuk mahu dilayan,

Mengharap rindu si tuan puteri."

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. 
 
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

Monday, January 27, 2014

DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA?

HOT ARTIKEL !!! DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA ?

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

RIDHUAN TEE ABDULLAH
27 Januari 2014

DI PETIK DARI SINAR 

Sunday, January 26, 2014

JAWAPAN BALAS KEPADA SEGALA TOHMAHAN PKR & DAP !! @NAJIBRAZAK @DZAINALABIDIN

KENYATAAN MEDIA
oleh
YBHG. DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG
DEMO BANTAHAN TERHADAP YB ADUN MACHANG BUBUK

1. UMNO Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa UMNO Pulau Pinang bukan penganjur perhimpunan dan perarakan ' Menyokong YAB Perdana Menteri' yang diadakan di Seberang Jaya pada 18 hb. Januari dan demo yang diadakan di Alma pada 19 hb. Januari lalu. Kedua-duanya merupakan bantahan orang ramai dan NGO-NGO yang merasakan tindakan YB ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengadakan ‘flash mob ' dengan menyumbat kangkung ke mulut effigy YAB PM Najib suatu tindakan biadab dan menghina pemimpin No 1 negara.

2. Kehadiran beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang dalam kedua-dua acara tersebut adalah atas kapasiti mereka sebagai pemimpin tempatan. Adalah tidak wajar sekiranya mereka tidak hadir bersama rakyat dan NGO-NGO yang berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.

3. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO juga ada hak dan kebebasan untuk bersuara; dalam menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Kebebasan bersuara dan memberi pendapat bukan hak eksklusif pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS serta NGO-NGO pro mereka sahaja. Sejak dulu pemimpin-pemimpin UMNO menyuarakan pandangan serta bantahan apabila kepentingan Melayu dan Islam dicabar dan apabila parti dan pemimpin negara dicaci dan dihina.



4. Pihak polis sudah pun memulakan siasatan ke atas kedua-dua perhimpunan berkenaan. Beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang juga sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan. Mereka telah dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan. UMNO Pulau Pinang amat yakin pihak polis akan berlaku adil dan professional dalam menjalankan siasatan mereka.

5. UMNO Pulau Pinang berpendirian perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak tertentu pada 18 & 19 Januari lalu adalah tindakan balas kepada 'flash mob' yang dilakukan oleh YB Machang Bubuk dan dua lagi perhimpunan di Bulatan Bayan Baru dan Bulatan Seberang Jaya sebelum 18 hb. Januari. UMNO Pulau Pinang tegas menyatakan perhimpunan pada 18 dan 19 Januari tidak akan berlaku sekiranya YB Adun Machang Bubuk tidak melakukan penghinaan ke atas YAB Perdana Menteri. Ia adalah tindakan provokasi yang mengundang tindak balas. 

6. UMNO Pulau Pinang ingin menyatakan dengan tegas bahawa sepanduk “ Kerana Mulut DAP, 13 Mei 1969 berlaku, mahu lagi ? “ dan sepanduk-sepanduk lain bukan lah sepanduk yang dibuat dan dipamer oleh UMNO Pulau Pinang. Oleh kerana UMNO bukan penganjur ,kita tiada kuasa untuk menurunkan sebarang poster atau sepanduk dalam perhimpunan tersebut. UMNO Pulau Pinang faham luahan perasaan dan rintihan mereka yang membawa sepanduk tersebut disebabkan bertahun-tahun mereka tertekan kerana diasak, dihina, diperlekeh, ditindas dan merasa tidak dibela dan dilayan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang dipilih oleh rakyat.

7. Negara kita aman disepanjang pemerintahan Barisan Nasional . Sejak tahun 1974 hingga 2008 , selama 34 tahun dibawah Kerajaan BN Pulau Pinang, rakyat telah menikmati kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dalam suasana aman sentosa. Hubungan antara kaum sangat baik dan saling hormat menghormati. Oleh itu UMNO Pulau Pinang membantah sebarang usaha untuk mencetuskan ketegangan diantara kaum seperti yang sering diapi-apikan tanpa henti-henti sejak tahun 2008 hingga kini oleh kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.

8. UMNO Pulau Pinang bertanggungjawab untuk sama-sama memastikan keamanan dan ketenteraman Negeri Pulau Pinang kekal ditahap yang paling baik dan sempurna seperti yang di inginkan oleh rakyat di negeri ini. Oleh yang demikian UMNO Pulau Pinang yang mempunyai hampir 200 ribu ahli UMNO yang merupakan rakyat di Negeri Pulau Pinang ingin menyuarakan agar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terus meracuni fikiran rakyat dengan sentiasa menanam perasaan kebencian berterusan ditahap maksima terhadap parti UMNO yang akan mengakibatkan hubungan antara rakyat menjadi tegang dan dibimbangkan boleh membawa kepada keadaan yang tidak terkawal.

POLITIK SAMSENG

1. UMNO Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa UMNO tidak mengamalkan politik samseng dalam perjuangan membela dan berkhidmat kepada rakyat dan dalam mentadbir dan membangunkan negara.

2. Perbuatan Wong Tak dan Himpunan Hijau yang menceroboh Majlis Hari Australia baru-baru ini di KLCC merupakan tindakan samseng. Wong Tak adalah calon DAP bagi kawasan Parlimen Bentong pada PRU lalu. Apakah DAP merestui perbuatan tersebut ? Bukankah DAP mengamalkan politik samseng?



3. Dalam beberapa siri demo Bersih, ramai pemimpin PKR, DAP dan PAS terlibat sama, dan berlaku banyak insiden kekasaran, memukul pihak polis, merosakkan harta awam dan 'ala samseng' dalam setiap himpunan ini. Bukankah mereka ini terlibat dalam politik samseng ?



4. Terbaru, YB Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh mahkamah kerana melanggar arahan polis. Beliau juga pernah mengepalai sekumpulan penyokongnya merempuh sekatan polis pada demo Bersih. Malah, Ketua Umum dan Timbalan Presiden PKR juga terlibat dalam rempuhan sekatan polis. Bukankah ini semua perbuatan politik samseng ?

5. Apakah rakyat Pulau Pinang sudah lupa tindakan samseng oleh bekas ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dalam kes rampasan barangan oleh MPPP ke atas sebuah restoran India Muslim beberapa tahun lalu ? 



6. UMNO Pulau Pinang amat kesal dengan sikap double-standard yang diamalkan oleh beberapa pihak terhadap UMNO. Adalah tidak adil menyalahkan UMNO secara kesuluruhannya sebagai sebuah parti dan menuduh UMNO mengamalkan politik samseng kerana beberapa orang individu yang ada kaitan dengan UMNO terlibat dalam tindakan yang kasar.

ISU SURAT BANTAHAN PENJUALAN DAGING BABI SECARA TERBUKA KEPADA MPPP



1. UMNO Pulau Pinang ingin memaklumkan bahawa tindakan menghantar surat bantahan itu dibuat oleh NGO yang tiada kaitan dengan UMNO Pulau Pinang. Kehadiran Naib Ketua Pemuda UMNO Tanjong adalah dalam kapasiti peribadi beliau sendiri. 

2. UMNO Pulau Pinang berpegang kepada pendirian sejak dulu bahawa penjualan daging babi hendaklah dibuat secara tertutup yakni ‘ partition ‘ dan tidak bercampur dengan gerai-gerai lain secara terbuka. Kaedah ini telah diguna pakai dan dipraktik dimerata tempat sejak dulu lagi. Semua kaum menerima baik cara ini atas dasar saling hormat menghormati antara budaya / makanan kaum Cina dan prinsip / pegangan umat Islam.

3. UMNO Pulau Pinang berpendapat sekiranya penjualan daging babi di buat secara terbuka dan mungkin menyalahi mana-mana Peraturan dan Undang-Undang Kecil MPPP, maka adalah diharap pihak berkuasa dapat berunding dengan peniaga-peniaga terbabit dan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan teratur dengan mengambilkira sensitiviti semua pihak.

4. UMNO Pulau Pinang ingin menegaskan tindakan terpencil oleh mana-mana individu yang ada kaitan dengan UMNO tidak patut dan tidak adil disalah tafsir sebagai menggambarkan pendirian sebenar UMNO. Keahlian UMNO adalah daripada pelbagai latar belakang. Ramai ahli UMNO juga terlibat dengan NGO-NGO yang pelbagai matlamat penubuhannya. Tindakan oleh mana-mana NGO juga tidak boleh dianggap sebagai sebagai tindakan dan pendirian UMNO hanya kerana beberapa individu ahli UMNO terlibat sama dengan NGO berkenaan.

PENCEROBOHAN GERAI-GERAI PENIAGA MELAYU

1. UMNO Pulau Pinang sekali lagi menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat menganjurkan bantahan-bantahan tersebut atau mengarahkan mana-mana individu untuk menghalang pegawai-pegawai kerajaan dalam melaksanakan tugas mereka.

2. UMNO Pulau Pinang maklum bahawa pihak polis sudah mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam kekacuan semasa perobohan gerai di Teluk Bahang. 

3. UMNO Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti dan menyenaraikan 22 kawasan gerai-gerai milik peniaga bumiputra yang telah dirobohkan dan diberi notis untuk dirobohkan di Pulau Pinang sejak tahun 2010.

4. UMNO Pulau Pinang berpendirian agar kerajaan negeri dibawah pimpinan DAP mengutamakan rundingan untuk menempatkan semua peniaga-peniaga ini ketempat yang lebih sesuai disediakan oleh kerajaan negeri. UMNO Pulau Pinang akan berusaha memohon mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan ini, sekiranya Kerajaan Negeri ini dapat menyediakan tapak tanah untuk tujuan tersebut. 

5. UMNO Pulau Pinang sekali lagi meminta agar Kerajaan Negeri lebih peka dan bertimbang rasa dalam merobohkan gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil di negeri ini. Pengusaha-pengusaha gerai bergantung hidup dengan perniagaan mereka. Tindakan Kerajaan Negeri merobohkan gerai-gerai tersebut akan tentunya menyusahkan rakyat mencari pendapatan menyara kehidupan mereka dan keluarga. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri terus mencari jalan untuk menambahbaik kehidupan dan pendapatan rakyat termasuk peniaga kecil di gerai yang telah lama beroperasi dan tidak menggangu lalulintas.

VERSI PEMBOHONGAN @NGAKORMING HIMPUNAN TURUN

Semakin hari semakin menampakan kebodohan adun taiping. Nga kor ming menyatakan di dalam twitter nya ribuan yang hadir ke himpunan aman di seberang prai.

Ini lah sebenar kepimpinan DAP yang suka meraih simpati orang ramai. Himpunan turun pagi tadi tidak mendapat sambutan diangarkan seramai 500 orang yg menyertai himpanan tersebut.

Apa yang di perhatikan mejoriti yang menyertai himpunan adalah melayu. Mana penyokong cina(DAP)?

PROVOKASI BANNER KALIMAH ALLAH DI PULAU PINANG @PARITBUNTARR

Semakin berani tindakan mereka walau pon titiah Yang di-Pertua Agong melarang pengunaan kalimah Allah pada agama lain namun meraka semakin teruskan.

Meraka semakin berani mencabar intitusi Diraja. Apakah tindakan JAIPP terhadap tindakan mereka ini?

Semua lapisan masyarakat perlu menghormati dan menjunjung titiah Yang di-Pertua Agong yang jugak Sultan Kedah mengenai hak eksklusif kalimah Allah untuk penganut agama islam.