Thursday, March 21, 2013

PAS Bagan Serai "pergi berambus PKR"

PKR BAGAN SERAI HANCUR LUNYAI


Perpecahan  PKR yang bergitu serius telah berlaku pergaduhan antara Ketua Cabang dengan Timbalan Ketua Cabang. Pergaduhan antara mereka telah mengakibatkan perpecahan di dalam PKR Cabang Bagan Serai.

Dengan campur tangan Dr. Mohd Nor Manuti(Ketua Perhubungan PKR Negeri Perak) di dalam permasalahan ini telah menyebabkan keadaan semakin parah apabila Dr. Mohd Nor Manuti menyebelahi kepada Timbalan ketua Cabang. Ketua Cabang PKR rasa begitu kecewa.

Perpecahan ini masih lagi belom dapat di selesai kan maka ujud la rasa tidak puashati dikalangan ahli-ahli PKR sendiri dengan perlantikan  Dr. Mohd Nor Manuti sebagai calon Parlimen Bagan Serai. Sehinga lah terjadilah memboikot Dr. Mohd Nor Manuti.


 Baru-baru ni #tukangpikiaq di beri tahu semasa Dr. Mohd Nor Manuti membuat road show di seluruh kawasan Bagan Serai langsung tidak dapat sambutan oleh ahli-ahli PKR sendiri beliau rasa tidak puas hati apa yang berlaku.


Didalam perpecahan PKR Cabang Bagan Serai, PAS mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Bagan Serai. Menurut sumber-sumber #tukangpikiaq ahli PAS lebih ramai dari ahli PKR kalau kita tengok program-program ceramah ahli PAS mahu pon program PKR yang hadir ahli PAS lebih ramai berbanding ahli PKR contoh JELAJAH MERDEKA RAKYAT rata-rata yang datang ada lah ahli PAS mana ahli PKR?

Kenapa PAS di letak kan di dalam dun sahaja kenapa tidak letak kerusi parlimen? sedang kan PAS yang banyak membantu PKR ada kah PAS hanya jadi pak turut saja?

Pengolakan semakin terasa sehinga PAS Bagan Serai telah buat kenyataan akhbar disini kita sudah nampak perpecahan yang kritikal sudah terjadi di dalam PAKATAN RAKYAT malah kes ini bukan saja berlaku di Bagan Serai saja malah di Bukit Gantang.

PAS Bagan Serai dengan telah mengambil keputusan sebulat suara untuk bertanding kesemua kerusi termasuk kerusi parlimen dan secara tak langsung telah mengetepi kan keputusan DSAI mencalon kan Manuty di kerusi parlimen dan calon PKR di dun Alor Pongsu.

#wajib baca








1 undi pada PKR adalah undi membawa kerosakan akidah kepada negara
1 undi  pada PAS, membawa kpd perpecahan umat Islam
1 undi pada DAP, undi membawa kpd penindasan umat Islam


















No comments:

Post a Comment