Wednesday, April 03, 2013

Pemansuhan AUKU & PTPTN hanya janji-janji populis Pakatan

Hanya janji-janji populis Pakatan.bagi meraih perhatian golongan pemuda, pelajar IPT ataupun lebih dikenali generasi Y. Mengejar sokongan pengundi baru khususnya anak muda, pelbagai polemik digunakan oleh Parti Pembangkang. Bagaikan menabur janji-janji manis seperti pasangan yang hangat bercinta.

Kenapa Pakatan benar-benar hendak AUKU dihapuskan? AUKU adalah salah satu akta dimana telah diperkenalkan oleh TUN Dr Mahatdir Mohamad ketika beliau menjadi menteri pelajaran. 

Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.







Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.  

PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional. Tabung ini dijana untuk membiayai kos pelajaran pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta. Tanpa tabung ini di manakah agaknya, keluarga pelajar yang kurang berkemampuan untuk meminjam bagi menampung kos pelajaran anaknya di IPTA atau IPTS?
Justeru, kewujudan PTPTN pada tahun 1997 adalah sebuah badan memberi pinjaman wang bagi membiayai kos pelajaran. Kalau dahulu, ibu bapa tidak dapat meminjam di mana-mana badan, apabila anak mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti. Lantas ada di antara mereka bergolok-gadai. Manakala mereka yang berharta pula  terpaksa menggadai atau menjualkan tanah untuk mendapatkan wang tunai. Mereka tegar “kehilangan” tanah demi pelajaran anak-anak. Apatah lagi tawaran ke universiti bukan datang banyak kali.
Menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya.
Malahan Barisan Nasional sendiri pun dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan PTPTN ini?
Tanpa PTPTN dianggar puluhan ribu pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa dan pinjaman lain tidak dapat meneruskan cita-cita mereka melanjutkan pelajaran.
Ini juga bermakna puluhan Universiti dan Kolej Swasta akan terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Rentetan itu juga ribuan orang dari pensyarah, pentadbir dan pekerja am di IPTS akan kehilangan kerja mereka. Inilah kesan secara langsung jika PTPTN hendak ditutup.

Dalam jangkamasa panjang keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia akan kembali ke belakang. Jumlah pemegang  ijazah, diploma dan sijil kemahiran akan menurun kerana kerajaan tidak mungkin mampu menampung semua pelajar melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Maka kita akan kembali ke zaman 60-an, 70-an dan 80-an di mana kebanyakan belia dan remaja menjadi pekerja kilang.

Idea menubuhkan institusi pinjaman kepada pelajar pernah disarankan oleh Prof Engku Aziz pada 1973 dan dinamakan sebagai Tabung Siswa untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan kemudahan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi.

Idea pakar ekonomi itu ternyata amat bijak kerana kaedah tersebut boleh membantu perkembangan sektor pendidikan negara sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

 sebagai bahan rujukan:
http://jomstadi.blogspot.com/2012/06/8-fakta-ptptn-yang-perlu-anda-ketahui.html#axzz2PLqf3rMV





 #TolakPR
 #ManifestoBukanJanji 
#GE13
 #PRU13







 

Barua manusia sehina BoB Lokman

Kerana Politik Bob Lokman Hina Ibu Bapanya




Oleh Nor Azlina Shaari

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon lelaki, Bob Lokman yang juga ahli parti PAS hari ini menggemparkan khalayak apabila mengakui bahawa beliau hanya menjadi Islam selepas masuk Pas.

“Untuk masuk Islam, saya perlu masuk politik. Ini tanggungjawab sebab saya perlu untuk bersama kumpulan untuk sampaikan Islam. 1 Malaysia tak semuanya Islam. Bulan kedua saya isytiharkan saya mualaf. Dalam IC atau surat beranak tulis Islam tak semestinya Islam. Selepas tiga tahun ini baru saya tahu saya Islam. Saya masuk Pas bukan sebab saya nak tapi tiba-tiba dipanggil."

Ini menimbulkan tanda tanya di kalangan khalayak yang hadir sama ada Bob Lokman menyalahkan ibu bapanya kerana tidak memberi pengajaran Islam.

Kita juga pasti tertanya-tanya apakah bentuk manusia muslim yang menganggap beliau hanya menjadi Islam selepas masuk Pas.


Apakah Islam mengajar Bob Lokman berceramah memaki hamun dan memfitnah
?
Selain itu, Bob Lokman tutur mengakui bahawa Pas menggunakan dirinya sebagai artis untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang nanti.

Bob Lokman melontarkan pandangannya itu dalam Wacana Sinar Siri ke-18 berjudul “Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi” yang bertempat di Syarikat Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

Kata Bob, keahliannya sebagai ahli PAS yang bijak berkata-kata dalam setiap ceramah PAS yang disertainya membuktikan kredibilitinya untuk menarik undi dari rakyat.Bob juga memaklumkan dirinya juga diletakkan sebagai ‘umpan’ dalam parti PAS bagi menarik orang ramai menyertai PAS dan mengundi parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Sebagai artis ini, kredibiliti dia memang untuk pancing undi. Tak perlu tunjukkan sikap pandai politik.

“Contohnya, saya diletakkan sebagai umpan, saya selalu diletakkan di hujung ceramah supaya orang ramai tunggu saya untuk dengar saya bagi ceramah. Kalau awal-awal saya bercakap, hujungnya nanti tak ada orang nak dengar,” kata Bob.

Tambah Bob, industri politik sememangnya mengamalkan cara menarik minat rakyat menyertai satu-satu parti politik itu dengan mengetengahkan artis yang ada.

Justeru, Bob tidak menafikan parti PAS telah menggunakan kredibiliti artis untuk mencapai hasrat penting dalam parti tersebut.

Disebabkan dirinya juga yang mempunyai kredibiliti seperti yang diperkatakan oleh Bob, dia mengakui dirinya sebagai artis yang menyertai PAS mampu menarik undi dari rakyat.

“Kerja politik memang begitu, guna artis untuk sampaikan hasrat dan matlamat parti. Jadi, kredibiliti saya terbukti kerana memang saya berjaya untuk pancing undi,” katanya.

Sunar HARUAN


Harap dia sedar, bahawa makin byk dia bercakap.. Makin bodoh nampaknya. Memang sesungguhnya, org yg bijaksana berkata2 dgn fikiran, bkn dengan lisan

Monday, April 01, 2013

Penolong setiausaha pemuda pas menghina nabi

Dalam keadaan terdesak Khairul fahmi mat som sangup menghina kesucian Nabi Muhammad SAW.

Orang ini sangup mengeluarkan perkataan yang menghina nabi beliau sendiri.

Dimana pengangan beliau sampai sangup menutup hati beliau. @TulangPikaq menjadi tanya-tanya ini kah perjuangan pas sebenar nya yang selama ini di kata kan Pas ada lah sebuah parti mengikut landasan islam.

Setahu @TukangPikiaq orang yang menghina nabi Muhammad SAW adalah pengikut fahaman syiah.