Friday, January 04, 2013

Tahniah!! menang kerana kesilapan teknikal


salam to all,

Kecoh hari ini kita dengar dari segala sudut mengenai perubahan keputusan  pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).kah! kah! Kah!. Baru kira undi dalam Microsoft excel pon kantoi ka?? ni cai-cai semua nie baru nak kira undi yg x sampai 2000. kalau 10 juta?? kalau 1 Malaysia. Haru dibuatnyaa. HA!HA!HA!..

Mari kita ulas dari kerusi batu Idham Lim,Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.

Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.

Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.

Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.

Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya.

Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Mohammad Khir Johari.

Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.

Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata, tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.

Untuk mengelak kemaluan yg tersangat menebal , Pengarah Pilihanraya DAP meletakan jawatan. Pooi Weng Keong meletakkan jawatan daripada kedudukan beliau sebagai pengarah pilihan raya DAP berikutan kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Jumaat berkata Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

1 Undi PAS : 1 Undi untuk DAP

Adios Samigos.

Thursday, January 03, 2013

SKMM Rebate RM200 Smartphone (Telefon Pintar 3G). Boleh Beli Sebarang Model. Tiada HAD!


SKMM Malaysia : Kuat juga suara dan tuntutan anda, anda semua di sini amnya dan kalangan belia umumnya yang layak menikmati rebate RM200 smartphone bagi Pakej Komunikasi Belia yang ditawarkan pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013. Jikalau sebelum ini rebate RM200 smartphone (telefon pintar 3G)  hanya terpakai untuk harga RM500 dan ke bawah sahaja (KLIK SINI). Sekarang tidak lagi….
Barisan Kabinet akhirnya mendengar suara dan tuntutan untuk penambaikan & bersetuju untuk membuka peluang kalangan belia daripada 21 – 30 tahun yang layak untuk memilih apa sahaja model smartphone (telefon pintar) pilihan anda. Baik iPhone 5, Samsung Galaxy, Smasung galaxy Note II @ _______________ lain-lain lagi.

Informasi Terkini Rebate RM200 Smartphone bagi Pakej Komunikasi Belia

  • Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
  • Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’
  • 7 syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
  • SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
  • Setakat ini berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada SKMM, hampir 5,500 belia yang layak sudah mendaftar untuk mendapatkan rebate Rm200 smartphone (telefon pintar) itu selepas pendaftaran mula dibuka dibuka 1 Januari 2013
  • SKMM turut menasihati belia yang sudah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
  • Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
  • Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.


Jika mana-mana daripada anda yang berminat untuk membuat pendaftaran rebate RM200 telefon pintar 3G (smartphone) bagi pakej Komunikasi Belia ini, anda boleh KLIK LINK di Bawah ini iaitu di ruangan khas portal rasmi SKMM

=> Pendaftaran Rebate RM200 Smartphone : KLIK SINI


=> Soalan Lazim Rebate RM200 Telefon Pintar 3G : KLIK SINI



Tidak cukup sekadar mendaftar sahaja dengan SKMM. Anda perlu melanggan mana-mana pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia yang berdaftar dengan Pakej Komuniasi Belia ini dengan SKMM bagi melayakkan anda menuntut rebate RM200 smartphone (telefon pintar 3G) ini.

P/S : Cuma diharapkan akses untuk ke portal SKMM (Pakej Komunikasi Belia) bagi pendaftaran rebate RM200 smartphone ditambaik. Ini kerana akses masuk ke portal SKMM Malaysia “sesak teruk” ketika ini…




Tuesday, November 13, 2012

Kedai Makanan Melayu.




salam to all

Tahukah anda bahawa Malaysia ini sememangnya istimewa, berdasarkan bancian yang saya rekacipta semata-mata Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kedai Tom Yam berbanding Bangkok, Mee Bandung dan Sirap Bandung tidak terdapat di Bandung dan orang Amerika tidak pernah dalam seumur hidup mereka makan atau memasak Nasi Goreng USA (melainkan mereka datang melancong atau tinggal di Malaysia).
Maka benarlah kata slogan propaganda Kementerian Pelancongan iaitu Malaysia Truly Asia atau bak kata penunjuk perasaan Indonesia yang marah sewaktu tewas dalam piala bola AFF tempoh hari, Malaysia Truly Maling Asia (maling bermaksud curi).
Namun penulisan hari ini bukanlah tertumpu kepada kehebatan tukang masak kita mereka bentuk masakan. Pada hari ini kita melihat lebih kepada sudut perniagaan yang menyediakan hidangan yang disebutkan di atas, kedai makan Melayu.
Dari nasi campur waktu makan tengah hari di belakang pejabat hinggalah ke kedai tomyam tepi jalan sesungguhnya kedai makan Melayu mewarnai corak kebudayaan kota Kuala Lumpur dan saya yakin setelah anda habis membaca penulisan saya ini anda juga mempunyai suatu kisah yang tidak dapat anda lupakan sewaktu anda singgah di kedai makan Melayu itu.
Sebelum ini ada yang mempersoalkan tentang sijil halal Old Town White Coffee, kas-kas dalam nasi kandar atau mitos ramuan seluar dalam terpakai dalam sup tulang Jalan Doraisamy yakinlah bahawa pengunjung mereka tetap tidak akan berkurang.
Orang-orang Melayu akan masih lagi bersepah di Old Town dan Kedai Mamak bukan kerana mereka suka akan masakan mereka akan tetapi kerana mereka tiada pilihan.
Untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan saya apa kita kita melihat senarai ciri-ciri stereotaip kedai melayu

Ciri-Ciri Kedai Melayu
Pelayan
Pelayan merupakan barisan hadapan sebuah restoran, ini kerana mereka yang akan bertemu dan berinteraksi dengan pelanggan, imej sesebuah restoran itu banyak bergantung kepada personaliti mereka.
Maka sebab itulah restoran Melayu itu sering sukar untuk dilupakan terutama dengan penampilan kualiti pelayan yang begitu hebat. Sudah menjadi perkara biasa untuk pelayan restoran untuk duduk di sebelah anda sewaktu mengambil pesan, seolah-olah dia datang untuk makan sekali bersama anda dan keluarga anda.
Untuk lebih memahami konsep pelayan di kedai Melayu adalah mudah, secara tuntasnya pelayan ini tak kuasa nak melayan anda, maka janganlah menaruh harapan besar untuk teh tarik anda menjadi kurang manis, nasi goreng anda untuk tiada cili padi ataupun mee goreng anda kicapnya lebih, kalau anda memesan Nasi Goreng Kampung tak mahu pedas sambil tambah ayam lebih, kemungkinan yang akan tertulis pada kertasnya adalah ‘nasi goreng kg’.
Menu
Setelah anda berdepan dengan pelayan yang nampaknya memang menyampah hendak melayan anda kini anda berhadapan dengan senarai pilihan makanan. Sebagaimana kebanyakan kedai makan melayu pilihan menu mereka memang hebat, semua tidak mahu kalah, dari tom yam, mee goreng, kuih lopez sampailah ke hidangan barat (Western Food) namun selalunya dialog ini yang akan keluar
Anda : “Apa ada dekat sini?”
Pelayan : “Semua ada bang”
Anda : “Mana yang sedap?”
Pelayan : “Semua sedap bang”
Anda : “Ok bagi saya ikan kerapu Vietnam masak enam rasa”
Pelayan : “Hari ni ikan kerapu habis bang, nelayan tak turun laut.”
Anda : “Pulak, tadi kata semua ada, habis apa yang ada ni?”
Pelayan : “Yang lain ada bang”
Anda : “Ok bagi saya chicken chop lah satu”

Pelayan :
 “Oh tukang masak western cuti hari ni, kenduri, anak sedara jiran dia kahwin”
Anda : “Pulak! Bagi tom yam perahu pecah satu”
Pelayan : “Itu pun takde, tapi masa pergi Tesco lupa nak beli ramuan perencah Adabi”
Anda : “Habis itu apa yang tinggal sebenarnya ni?”
Pelayan : “Kejap ye”
Setelah ke dapur, 10 minit kemudian
Pelayan : “Tukang masak kata yang ada sekarang ni cuma nasi putih, sup kosong dengan ayam kunyit”

Boss

Dalam kedai Melayu konsep boss adalah sangat ketara, dia bukan sahaja boss kepada pelayan dan pekerja malah dia juga merupakan boss kepada pelanggan juga. Sebab itu kalau boss duduk di kaunter bayaran dan tiba masa untuk membayar dia tidak akan datang kepada anda, tidak, kastanya terlalu tinggi untuk berjalan sejauh 5 meter untuk ke meja anda dan memberi bil, anda yang perlu ke mejanya untuk membayar, sila fahami konsep ini setiap kali anda ke kedai makan Melayu.
Boss akan duduk di meja paling hadapan TV bersama kawan-kawanya, menonton rancangan kegemaran beliau sambil makan, kalau ada pelanggan yang datang dia tidak akan bangun dan melayan akan tetapi hanya sekadar menjerit kepada pelayan mengarahkan untuk datang ambil pesanan, almaklumlah boss, restoran itu ibarat rumah beliau sendiri.
“Leha… Leha… Ada pelanggan ni woi, cepat pergi ambik order.. Kejap ye dik nanti dia datang” Kata tuan punya restoran sambik duduk di depan televisyen menonton wrestling sambil menggaru kaki.
Kucing
Kalau rojak pelengkapnya adalah cendol maka restoran Melayu pula pelengkapnya adalah kucing. Seolah-olah ianya menjadi satu dosa kalau dalam sebuah restoran melayu itu tiada kucing yang datang menyentuh kaki anda meminta sedikit dari makanan anda.
Kucing-kucing ini akan berkeliaran dengan bergayanya termasuk duduk di sebelah kerusi anda dan tatakala semua ini berlaku boss dan pelayan restoran berkenaan akan berlagak seolah-olah kucing itu ajaib dan hanya anda seorang sahaja yang nampak.
Jadi selepas ini kalau anda makan di restoran Melayu dan hendak berkira-kira jangan lupakan kucing-kucing di sekeliling anda.