Tuesday, November 13, 2012

Politik dan Generasi Muda



salam to all,


I always hear politicians saying that we need to hear and listen to the voice of youth or that we get pesky college students shouting catchy one liner slogans and protesting, saying that as a ‘Mahasiswa’ their voices must be heard.
It is as if being a heavily subsidised college student grants you this inalienable right of which society has to lend its already worn out ears to listen to you demanding and ranting about things. We hear people repeating the same mantra of listening to the young people or that the X,Y,Z generation must be heard for they shall inherit this country.
Indeed we do have to give voice and listen to what the young ones have to say. As future leaders of this country it is they who shall chart the future of this country, yet there is something in this whole idea of listening to the youth that I find hard to digest.
Allow me to digress. I may sound a little like a middle-aged man with issues, so before we go on please take note that I’m going to be 29 this September, so I guess this article is somewhat of an introspection of my peers, a self critic to my generation of sorts…now back to topic.
As some of you may have read or heard, I’m part of this political movement called the BN Youth Volunteers. Basically it is a grassroots political movement that caters to youth demographic, a brilliant platform for youth who would like to have a political platform and so it became a hype.
Having throngs of energetic idealistic young Malaysians can be wonderfully overwhelming at times, just like how some idealistic young people who joined Bersih recently felt as well, even though the whole event was hijacked by narrow minded politicians. Still the youthful idealistic spirit must be acknowledged.
It is just that as I look upon the events that have happened recently in our country, with the large participation of young people especially those of my age, it seems that there is this insinuation that one must be heard or that one should be heard by the virtue of being young alone and I have a problem with that.
Indeed it is true that as our country is in a transition, new ideas and a fresh outlook is needed upon a new geopolitical landscape, the need to do away with expired ideas and ways. Still it is no guarantee that fresh new ideas go hand in hand with age.
Respect must be earned
What I am trying to say is and perhaps as a gentle reminder to myself and the BNYV is that being young isn’t a credible reason to be heard, rather it is through good ideas and righteous actions that earns you that respect, the acknowledgement that your voice is significant enough to be heard and taken note of regardless of what age you may be.
Often times I see my peers demanding their voices to heard solely by the virtue of their age. I I don’t think that it’s right. Indeed as the youth who shall inherit this country someday you would like to have a say, but to have a voice for the sake of being young alone isn’t going to be good enough.
If indeed you want your opinion or ideas to be heard be it because it is valid, thoughtful and makes good sense, then your ideas must be the result of a fusion between idealism and reality.
Often times we get keyboard warriors or armchair critics who base their opinions solely on the narrow worldview of websites and blogs. Which is why you will get this disconnect between online urban Malaysians with the rural folk. Often times this differing views shall be dismissed by the urban counterpart as ‘kampung people who aren’t exposed’.
Yet how could you come with such a sweeping statements when all you do is to simply read what you want to read on websites and not appreciate how other people go about with their lives.
There are reasons why people do certain things which influences people to have an opinion on something, and to shun and sweep their point of view simply because you have better access to broadband internet, is not only condescending but idiotic. At least try to understand how policies are made and why do we have to do things that may seem unpopular.
Look society isn’t obliged to listen to you simply because you’re 25 years old or that the rest of Malaysia must pander to you simply because you’re a self proclaimed informed ‘Mahasiswa’. No such thing. Being young isn’t a valid reason to be heard. If your ideas are good, your arguments are valid, your actions are justified, regardless of how old you may be or whether you went to college or not people will naturally listen to you.
Indeed being young does count for something but it is not the only thing, be idealistic, be thoughtful, be righteous and be humble and contribute something that benefits the country, for when you do that you shall have a voice and earn the respect from those who will naturally would want to listen to you.

Serious... Aku rasa macam esok dah nak hari buang undi untuk PRU 13.

Masakan tidak, kiri kanan, depan belakang bawa cerita Hudud !!!

Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam, sekali gus ‘hudud’, dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah. 


Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang ‘sedikit cerdik’ merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP. 

Benar, bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang ‘sedikit cerdik’ yang mendambakan hudud tadi. 

Justeru, ‘hudud’ dan ‘Negara Islam’ perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan ‘modal’ untuk berkempen dan menyerang UMNO. 

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut. 

Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya

Selain itu, terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS. 

Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan. 

Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana. 

Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna. 

Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini. 

Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud. 

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud. 

Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin ‘cuak’ terhadap hudud. 

PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya. 

Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia. 

Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita. 

Antaranya... Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. 

Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita. 

Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama. 

Gelaran ‘mujahidin’ dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana. 

Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur, tidak adil serta menakutkan. 

Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan. 

Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain yakni bukan Islam dan juga sesama sendiri. 

Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh, adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri. 

Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu... berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan berzina. 

PAS itu sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun. 

PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya ‘berjihad’ sedangkan isteri yang menanggung "nafkah zahir" dan semuanya. 

Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, ‘jihad’ apa ???

Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri. 

Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri, selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.



Monday, October 01, 2012

Matematik mudah Meter air




Kelmarin 711 penduduk Selangor menyaman kerajaan negeri kerana mereka sehingga hari ini tidak pernah mendapat 20 meter padu air percuma sebagaimana yang dijanjikan Pakatan Rakyat dalam manifesto lalu.
Pastinya ada yang tertanya bagaimana ini boleh berlaku sedangkan di sepanjang lebuhraya lingkaran tengah dua dan sekitar Selangor terpampang dengan besarnya papan iklan yang dibayar oleh kerajaan Selangor memuji diri sendiri kerana merakyatkan ekonomi Selangor dan salah satu yang paling terang tertera ialah ‘Air Percuma’.
Sememangnya air percuma ada disalurkan kepada Rakyat Selangor dalam bentuk subsidi. Kerajaan Selangor akan menanggung bil anda untuk 20 meter padu yang pertama, bermaksud kalau anda menggunakan air sejumlah 23 meter padu untuk bulan ini anda hanya perlu membayar bil air untuk 3 meter padu berikutnya.
Selebihnya akan dituntut oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada kerajaan negeri pada kemudian hari.
Namun ada sedikit masalah dengan dasar ini kerana menurut takrifan kerajaan negeri, subsidi air akan diberikan berdasarkan meter. Ini tidak menjadi masalah untuk rumah-rumah teres, sebuah atau rumah separa berkembar (semi detached) kerana masing-masing menggunakan meter tersendiri.
Namun untuk rumah-rumah flat yang hampir kesemuanya menggunakan sistem meter pukal, menurut takrifan kerajaan Selangor mereka hanya menerima subsidi 20 meter padu biarpun meter pukal ini dikongsi oleh 100 buah keluarga.
Memang kebiasaan untuk rumah-rumah pangsa dan apartment mempunyai meter pukal, bil air mereka akan dibahagi secara purata kemudian pembayaran akan dibuat kepada pihak syarikat melalui badan pengurusan rumah pangsa atau apartment.
Namun setelah empat tahun berlalu, kerajaan negeri masih lagi mengekalkan takrifan bahawa mereka akan hanya subsidi 20 meter padu air untuk setiap meter biarpun berapa banyak sekalipun isi rumah yang berkongsi meter berkenaan.
Janji air untuk warga Selangor
Agak aneh kerana kalau tidak silap manifesto kerajaan Pakatan Rakyat ada menyatakan janji air percuma untuk warga Selangor dan bukan janji air percuma untuk meter-meter air Selangor.
Sekiranya anda sudah terbiasa dengan jawapan ahli politik Pakatan ataupun komen-komen dari penyokong tegar mereka pasti jawapan begini boleh kita nantikan:
“Syabas disalahkan kerana enggan mengubah sistem meter pukal dan atas sebab itulah kerajaan Selangor gagal untuk memberi air percuma, maka Syabas adalah BN dan ini semua salah Umno”.
Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan penggunaan Matematik yang nampak masih lagi tidak wujud dalam dasar- dasar Pakatan Rakyat.
Baik, katakanlah satu meter pukal digunakan untuk sebuah blok rumah pangsa yang menempatkan 50 isi rumah, bukankah dengan menggunakan ilmu kira-kira, kerajaan Selangor dengan mudahnya boleh mendarabkan jumlah isi rumah dengan jumlah subsidi yang dijanjikan?

Formula meter pukal
Formula Zaidel untuk sistem meter pukal. Subsidi Meter Pukal = RM11.50 x Jumlah Isi Rumah/Meter Air.
Saya memang sedar bahawa Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 adalah seorang graduan sastera dan barangkali tidak banyak menggunakan ilmu matematik sewaktu di Universiti dahulu tapi anda tidak perlu sekeping Sarjana Muda Kejuruteraan untuk menerbitkan formula yang semudah ini.
Malah apabila difikirkan bahawa tuan penasihat ini adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia, patutlah kita nyaris digadaikan kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Mungkin akibat dari kelemahan penguasaan Matematik beliau tersilap kira akan jumlah ahli parlimen yang akan melompat sewaktu janji 16 September dahulu.
Formula di atas tidak memerlukan sebarang pengkamiran atau pembezaan apatah lagi ia memerlukan anda menggunakan buku sifir empat angka.
Jumlah perkiraan subsidi ini kemudiannya bolehlah diberikan kepada pihak pengurusan rumah pangsa berkenaan ataupun dibayar terus kepada syarikat air.
Terangkan kepada saya, bagaimana ini dikatakan sebagai merakyatkan ekonomi Selangor sedangkan kebanyakan penduduk susah, berpendapatan rendah di Selangor tinggal di rumah pangsa.
Malah lebih aneh, beberapa tahun lepas Kerajaan Selangor menaikkan bayaran sewa PPRT – Program Perumahan Rakyat Termiskin.
Apakah hebatnya dasar yang memberikan bantuan kepada golongan yang berkemampuan akan tetapi tidak disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Pastinya penyokong kuat Pakatan tegar akan nyatakan, eleeeh, air je 11 ringgit je apa barang BN nak kecoh! Lembu tu apa bikin! National Feedlot Corporation (NFC)? LEMBU DALAM KONDO!
Baiklah, anggap beginilah, pertamanya pihak NFC kini dalam mahkamah dan keduanya kalau nak diikutkan kontroversi hutang Talam Corporation Sdn Bhd adalah empat kali ganda lebih nilainya berbanding NFC yang mana MB Selangor masih belum lagi menunaikan janji untuk menerbitkan siasatan kertas putih.
Buku Jingga 
Malah kalau nak dikira jumlah hutang air kerajaan Selangor kepada rakyat, saya rasa sampai nilai bil berjuta-juta.
Nak kata apa sekalipun katalah, namun kalau janji semudah ini pun dilaksanakan dengan begitu bodoh dan dangkal bagaimana anda hendak menunaikan janji bulan dan bintang dalam Buku Jingga?
Ini baru air percuma, belum kira pendidikan percuma, tol percuma, minyak murah, kereta murah, subsidi dan macam-macam lagi. Malah janji-janji lama seperti penurunan cukai pintu, cukai perniagaan, tadika percuma dan banyak lagi masih lagi belum ditunaikan.
Ini bukan janji untuk kerajaan persekutuan, ini janji-janji yang dikatakan akan dilaksanakan kalau mereka dapat menjadi Kerajaan Negeri pada PRU lepas.
Namun barangkali apa yang dikatakan MB Selangor sewaktu ditanya oleh wartawan dapat menjawab segala persoalan ini: “Itu hanyalah Manifesto dan bukannya janji”.
Dahsyat, Manifesto itu bukanlah janji mengikut kata MB Pakatan maka apabila sekali lagi (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim akan menjerit dalam ceramah menjanjikan sesuatu sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Ingatlah bahawa itu semua hanyalah ceramah dan bukannya janji.
*Zaidel Baharuddin, seorang jurutera elektronik, boleh diikuti di WirawanWeb.com, lipassepi.blogspot.com atau @Sinatra_Z. Beliau adalah kolumnis FMT.