Tuesday, September 10, 2013

Hati @khalidSamad keras seperti batu! @APterkini

Hurmm dah agak dah, dari Permulaan kes #kalimahAllah ini. Tiada sokongan dari pihak Pakatan rakyat. Mereka lebih rela memperjudikan Kalimah Allah untuk digunapakai oleh Non-Muslim demi mendapatkan sokongan. Puiih! hilang respect #TP utk mereka, melugai #TP tgk PAS yang diperkotak katik kan Oleh DAP laknatullah.

Hey khalid, apa sudah jadi kes memurtadkan Melayu di gereja?? kenapa diam seperti batu?? 




konklusinya, jangan harap PAS akan membela Islam. mereka hanya gunakan Islam untuk permainan politik mereka dan kepentingan mereka. FULLSTOP.


Azalina Umum Tarik Diri dari Bertanding Jawatan Wanita UMNO @APterkini


SHAH ALAM – Selepas menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno pada Oktober depan, bekas  pengasas Puteri Umno, Datuk  Seri Azalina Othman Said akhirnya mengalah setelah mendapat nasihat daripada ahli pergerakan wanita parti.

Beliau yang dipetik dalam portal berita hari ini, melalui sumber dalaman sayap Umno  itu menyatakan Azalina  akan membuat pengumuman penting untuk tidak mencabar penyandang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 20 September akan datang.

 “Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” menurut sumber dalaman itu.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menasihati Azalina agar menimbang semula keputusannya untuk mencabar Shahrizat.

Ini kerana ramai yang bimbang sebarang pertandingan yang sengit akan menggoncang sayap Umno itu apatah lagi Wanita Umno dianggap sebagai tulang belakang parti itu.

Azalina juga menjadi mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita sendiri yang menganggap beliau tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana belum pernah berumah tangga.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan, wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat  jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman turut mencadangkan Azalina bertanding dalam jawatan Naib Ketua Wanita pada pemilihan yang akan berlangsung itu.

Ini kerana Azalina dilihat terlalu asing kepada sayap itu selain tidak pernah berada dalam pegerakan sayap parti itu, katanya.

“Saya tidak fikir dia (Azalina) faham tentang wanita dan gerak kerja kita.

“Sebab itu saya cadangkan dia bertanding jawatan naib ketua.

“Supaya beliau berada dalam organisasi dan faham bagaimana organisasi ini bergerak. Ini soal berhubung faktor kemanusiaan... maknanya dalam menggerakkan kerja parti ada bahagian kamu kena lembut, ada bahagian kamu  kena tegas.

“Saya setuju secra total yang kita perlukan orang muda, tetapi orang muda yang nak datang itu mestilah faham organisasi itu.
“Dia tak boleh tiba-tiba terus nak bertanding jawatan utama. Apa akan berlaku jika nakhoda yang mengemudi kapal itu tidak tahu enjin-enjinnya,” katanya.

Makbulkan doa kami Ya ALLAH #SaveKalimahAllah

Hari ini Mahkamah mendengar rayuan bagi piak Kerajaan untuk mnegetepikan rayuan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh mendengar rayuan itu.
Mahkamah penuh sesak dengan pelbagai pihak yang berminat mengikuti prosiding tersebut.

Alhamdulillah masih ramai lagi yang mahu mempertahankan kalimah suci umat Islam ini. walaupon pihak tiada satu habuk pon golongan dari pakatan rakyat datang bersama-sama untuk memberi sokongan , #tukangpikiaq SALUTE habis kepada semua yang turut hadir.



Penyokong-penyokong yang tetap setia memberi sokongan moral kpd barisan peguam. ALLAHHU AKBAR

Sama2 kita berdoa kepada Allah S.W.T agar kemenangan tentang Kalimah Allah memihak kepada kita..

p/s Sungguh terkilan Nama Allah S.W.T pun sanggup PAS dan PKR nak gadai..