salam to all
Tahukah anda bahawa Malaysia ini sememangnya istimewa, berdasarkan bancian yang saya rekacipta semata-mata Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kedai Tom Yam berbanding Bangkok, Mee Bandung dan Sirap Bandung tidak terdapat di Bandung dan orang Amerika tidak pernah dalam seumur hidup mereka makan atau memasak Nasi Goreng USA (melainkan mereka datang melancong atau tinggal di Malaysia).
Maka benarlah kata slogan propaganda Kementerian Pelancongan iaitu Malaysia Truly Asia atau bak kata penunjuk perasaan Indonesia yang marah sewaktu tewas dalam piala bola AFF tempoh hari, Malaysia Truly Maling Asia (maling bermaksud curi).
Namun penulisan hari ini bukanlah tertumpu kepada kehebatan tukang masak kita mereka bentuk masakan. Pada hari ini kita melihat lebih kepada sudut perniagaan yang menyediakan hidangan yang disebutkan di atas, kedai makan Melayu.
Dari nasi campur waktu makan tengah hari di belakang pejabat hinggalah ke kedai tomyam tepi jalan sesungguhnya kedai makan Melayu mewarnai corak kebudayaan kota Kuala Lumpur dan saya yakin setelah anda habis membaca penulisan saya ini anda juga mempunyai suatu kisah yang tidak dapat anda lupakan sewaktu anda singgah di kedai makan Melayu itu.
Sebelum ini ada yang mempersoalkan tentang sijil halal Old Town White Coffee, kas-kas dalam nasi kandar atau mitos ramuan seluar dalam terpakai dalam sup tulang Jalan Doraisamy yakinlah bahawa pengunjung mereka tetap tidak akan berkurang.
Orang-orang Melayu akan masih lagi bersepah di Old Town dan Kedai Mamak bukan kerana mereka suka akan masakan mereka akan tetapi kerana mereka tiada pilihan.
Untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan saya apa kita kita melihat senarai ciri-ciri stereotaip kedai melayu
Ciri-Ciri Kedai Melayu
Ciri-Ciri Kedai Melayu
Pelayan
Pelayan merupakan barisan hadapan sebuah restoran, ini kerana mereka yang akan bertemu dan berinteraksi dengan pelanggan, imej sesebuah restoran itu banyak bergantung kepada personaliti mereka.
Maka sebab itulah restoran Melayu itu sering sukar untuk dilupakan terutama dengan penampilan kualiti pelayan yang begitu hebat. Sudah menjadi perkara biasa untuk pelayan restoran untuk duduk di sebelah anda sewaktu mengambil pesan, seolah-olah dia datang untuk makan sekali bersama anda dan keluarga anda.
Untuk lebih memahami konsep pelayan di kedai Melayu adalah mudah, secara tuntasnya pelayan ini tak kuasa nak melayan anda, maka janganlah menaruh harapan besar untuk teh tarik anda menjadi kurang manis, nasi goreng anda untuk tiada cili padi ataupun mee goreng anda kicapnya lebih, kalau anda memesan Nasi Goreng Kampung tak mahu pedas sambil tambah ayam lebih, kemungkinan yang akan tertulis pada kertasnya adalah ‘nasi goreng kg’.
Menu
Setelah anda berdepan dengan pelayan yang nampaknya memang menyampah hendak melayan anda kini anda berhadapan dengan senarai pilihan makanan. Sebagaimana kebanyakan kedai makan melayu pilihan menu mereka memang hebat, semua tidak mahu kalah, dari tom yam, mee goreng, kuih lopez sampailah ke hidangan barat (Western Food) namun selalunya dialog ini yang akan keluar
Anda : “Apa ada dekat sini?”
Pelayan : “Semua ada bang”
Anda : “Mana yang sedap?”
Pelayan : “Semua sedap bang”
Anda : “Ok bagi saya ikan kerapu Vietnam masak enam rasa”
Pelayan : “Hari ni ikan kerapu habis bang, nelayan tak turun laut.”
Anda : “Pulak, tadi kata semua ada, habis apa yang ada ni?”
Pelayan : “Yang lain ada bang”
Anda : “Ok bagi saya chicken chop lah satu”
Pelayan : “Oh tukang masak western cuti hari ni, kenduri, anak sedara jiran dia kahwin”
Pelayan : “Oh tukang masak western cuti hari ni, kenduri, anak sedara jiran dia kahwin”
Anda : “Pulak! Bagi tom yam perahu pecah satu”
Pelayan : “Itu pun takde, tapi masa pergi Tesco lupa nak beli ramuan perencah Adabi”
Anda : “Habis itu apa yang tinggal sebenarnya ni?”
Pelayan : “Kejap ye”
Setelah ke dapur, 10 minit kemudian
Pelayan : “Tukang masak kata yang ada sekarang ni cuma nasi putih, sup kosong dengan ayam kunyit”
Boss
Dalam kedai Melayu konsep boss adalah sangat ketara, dia bukan sahaja boss kepada pelayan dan pekerja malah dia juga merupakan boss kepada pelanggan juga. Sebab itu kalau boss duduk di kaunter bayaran dan tiba masa untuk membayar dia tidak akan datang kepada anda, tidak, kastanya terlalu tinggi untuk berjalan sejauh 5 meter untuk ke meja anda dan memberi bil, anda yang perlu ke mejanya untuk membayar, sila fahami konsep ini setiap kali anda ke kedai makan Melayu.
Boss
Dalam kedai Melayu konsep boss adalah sangat ketara, dia bukan sahaja boss kepada pelayan dan pekerja malah dia juga merupakan boss kepada pelanggan juga. Sebab itu kalau boss duduk di kaunter bayaran dan tiba masa untuk membayar dia tidak akan datang kepada anda, tidak, kastanya terlalu tinggi untuk berjalan sejauh 5 meter untuk ke meja anda dan memberi bil, anda yang perlu ke mejanya untuk membayar, sila fahami konsep ini setiap kali anda ke kedai makan Melayu.
Boss akan duduk di meja paling hadapan TV bersama kawan-kawanya, menonton rancangan kegemaran beliau sambil makan, kalau ada pelanggan yang datang dia tidak akan bangun dan melayan akan tetapi hanya sekadar menjerit kepada pelayan mengarahkan untuk datang ambil pesanan, almaklumlah boss, restoran itu ibarat rumah beliau sendiri.
“Leha… Leha… Ada pelanggan ni woi, cepat pergi ambik order.. Kejap ye dik nanti dia datang” Kata tuan punya restoran sambik duduk di depan televisyen menonton wrestling sambil menggaru kaki.
Kucing
Kalau rojak pelengkapnya adalah cendol maka restoran Melayu pula pelengkapnya adalah kucing. Seolah-olah ianya menjadi satu dosa kalau dalam sebuah restoran melayu itu tiada kucing yang datang menyentuh kaki anda meminta sedikit dari makanan anda.
Kucing-kucing ini akan berkeliaran dengan bergayanya termasuk duduk di sebelah kerusi anda dan tatakala semua ini berlaku boss dan pelayan restoran berkenaan akan berlagak seolah-olah kucing itu ajaib dan hanya anda seorang sahaja yang nampak.
Jadi selepas ini kalau anda makan di restoran Melayu dan hendak berkira-kira jangan lupakan kucing-kucing di sekeliling anda.