Thursday, September 27, 2012

LAGI BAJET BEST



SESIAPA yang ada kesempatan silalah lihat bajet 2013 Pakatan Rakyat yang diumumkan ‘pakar ekonomi’ lulusan sastera terkemuka negara, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen semalam.
Atau kalau malas nak tengok, biar penulis berkongsi perkara mengarut yang disebut dalam bajet bayangan tersebut sebab penulis dah mengkaji. Ini memang dah kerja penulislah untuk mengkaji benda-benda tak berfaedah dibuat Pakatan haram ini untuk dijadikan modal penulisan.
Jangan orang kata kita hentam keromo saja, kondem tapi tak baca.
Baiklah, disebutkan bahawa bajet itu ada 7 teras utama – percayalah, ini hanya ayat nak bagi nampak gempak saja.
Sebetulnya ada satu teras saja, dalam bajet itu Pakatan haram ini menjanjikan semua yang murah dan percuma, dari harga petrol, harga makanan sehinggalah kepada pendidikan dan tol percuma.
Dalam masa yang sama ‘kerajaan Malaysia’ dibawah regim Pakatan haram ini akan kehilangan hasil yang banyak.  Antara yang menyumbang kepada kehilangan hasil tersebut ialah, untuk menampung kenaikan royalti 20% kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu, menghapuskan hutang PTPTN, menaikkan subsidi kesihatan, makanan murah sampai kiamat dan sebagainya lagi.
Disamping itu, JANJI WAJIB iaitu menurunkan harga minyak akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam jumlah yang banyak.
Difikir dari semua ini, dimana logiknya kerajaan negara ini mampu melaksanakan semua janji tersebut?  Kalau dah hasil kurang, dari mana datang sumber alternatif untuk tampung kenaikan yang pelbagai.
Tapi macai jangan bimbang, jawapan kepada persoalan ini, Pakatan haram sudah sediakan awal iaitu meningkatkan kualiti tadbir urus, mengurangkan rasuah, tender tebuka dan bla, bla bla.  Cuma masalahnya, semua yang disebutkan itu tidak boleh nak diukur dengan angka, jadi payah nak dijustifikasikan bagaimana semua itu mampu menampung kehilangan hasil kerajaan yang banyak ini.
Sudahlah tu, harga makanan dan harga petroleum yang banyak berkait dengan pasaran dunia ini akan turun kekal rendah selama-lamanya.  Eh, mestilah selama-lamanya, kalau setakat kekal murah 5 tahun saja, baik tak payah kondem kerajaan sekarang bagai nak rak bila setiap kali naikkan harga minyak dan makanan.
Nak menampung penurunan ini bermaksud menaikkan subsidi aka perbelanjaan kerajaan.  Duit keluar lagi, tapi hasil masuk kekal rendah, macam mana tu?
Sebetulnya bajet ini tidak dibuat berasaskan maklumat ekonomi yang betul, sebalik berdasarkan populariti dengan tujuan menarik minat rakyat untuk mengundi Pakatan haram ini.  Justeru, apa pun perancangan yang tidak dibuat berdasarkan maklumat yang lengkap, ia bermaksud perancangan tersebut akan menemui jalan kegagalan.
Malah sekarang pun dah nampak banyak tak kena.  Contohnya, cukai eksais kenderaan yang kata nak dihapuskan Pakatan haram ini (rujuk sini), sebenarnya hanya dikurangkan 20%.  Maksudnya, dari kadar sekarang maksimum 105%, kurang 20% tinggal 85%.
Relatifnya masih tinggi lagilah, tapi dia gebang harga kenderaan akan berkurang dengan drastik.  Drastik apa kalau setakat kurang 20%?  Konon nak tiru macam negara luar, tapi negara luar mana ada duti eksais untuk kenderaan?
Nampak tak penipunya Pakatan Rakyat tu.
Pendek kata, bajet ini akan kekal bajet bayangan (tidak akan jadi kenyataan), sebab itu boleh boh apa sahaja asal sedap telinga mendengar.  Macam manifesto Selangor 2008 lah, semua benda pun dia lambak dalam tu, tapi part execution, hanya satu (air percuma 20m3), itupun bukan semua merasa selain mutu perkhidmatan yang tak berkualiti.

Bajet paling bangang PR

Salam to all
Bajet PR Bajet best. Konun2 menarik ....laa.... tapi bab penurunan harga kereta tu nampak mcm kurang adil... katalah org beli kereta tu skrg RM100,000 @ 4% sethn for 9 tahun. total loan jadi RM136,000.
ansuran sebulan RM1,582. katalah harga kereta diturunkan, tak sebut plak bank akan revised balik kadar pinjaman !!!!

bila jual balik, kereta akan susut nilai dan ikut harga pasaran semasa. katalah lepas sethn loan kereta masih ade RM117,016 (lepas tolak 12x ansuran RM18,984) sedangkan harga kereta dah turun. katalah full settlement kereta tu RM90,000 tetapi nilai kereta pada masa itu setelah penurunan adalah RM60,000. ade RM30,000 lagi org tu kena byr... atau adakah bank akan mansuhkan (absorb) baki yang tinggal?????

sapalah yg paling bijak dlm bajet PR ni yer????? turunkan harga kereta tapi rakyat terpaksa berhutang seumur hidup !!!

Wednesday, September 26, 2012

Nyawa Anwar TERANCAM dalam bas mewah... - Penganalisis Jenay

Gua terbaca ulasan Penganalisis Jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim di blog brader Mazidul mengenai kejadian acu pistol oleh bodyguard Anwar 2-3 hari lepas..

Mengikut Kamal Affendi, seorang bodyguard atau pengawal peribadi boleh mengeluarkan pistol HANYA jika nyawa majikannya diancam dan boleh menyebabkan kematian..

Maknanya, pistol memang dibekalkan kepada seorang bodyguard, tapi dia tak boleh sesuka hati keluarkannya ditempat umum apatah lagi acukan pistol tersebut pada orang awam..

Kamal Affendi juga dilaporkan berkata.., "Tetapi kalau saya duduk di dalam bas manakala awak sebagai body guard saya, menaiki kereta, tidak bolehlah awak mengeluarkan pistol sebab nyawa saya tidak terancam.."

So.., dah terbukti tindakan Ketua pengawal peribadi Anwar tu yang suka-suka hati mak bapak dia acukan pistol pada rakyat di Melaka, adalah satu tindakan yang salah..

Anwar duduk bermewah-mewah atas bas.., bodyguard pulak duduk dalam kereta.., jadi dimana terancamnya nyawa Anwar sehingga boleh bawak kepada kematian beb?

Tak tahulah kalau-kalau Anwar berasa nyawa dia diancam oleh kerusi dan meja didalam bas tersebut kann...

Ini yang paling gua musykil.. Anwar dan bodyguard dia tu nak bodohkan sapa sebenarnya?

Dah la ugut rakyat guna pistol.., lepas tu ada hati nak kencing rakyat pulak.. Memang tarak guna la itu orang.. Bikin kacau dalam negara saja!!!

Friday, September 14, 2012

Bagaimana lelongan AP boleh turunkan harga kereta?




Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menyindir dakwaan PKR bahawa pelelongan permit import (AP) bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

"Ketika kamu mahu turunkan harga kereta, kamu mahu menjual AP secara kepada pembida paling tinggi.

"Mereka (PKR) perlu jelaskan bagaimana perkara ini akan dilakukan apabila lelongan akan menambahkan RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap AP, tidak termasuk harga kereta," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mukhriz turut menambah, jumlah RM10,000 bagi setiap AP pada masa ini bukan semata-mata untuk pendapatan kerajaan tetapi disalurkan kepada dana bagi membantu industri.

Agen Asing: PR, SUARAM, Apa Beza?


Sejak SUARAM terkantoi kerana menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dan bukannya berfungsi sebagai NGO yang membela hak asasi manusia, pertubuhan itu nampaknya agak senyap dan jarang lagi membuat kenyataan. 
Pendedahan ini sekali gus menutup isu kapal selam scorpene dan juga pembunuhan Altantuya yang kononnya berkaitan dengan pemimpin tertinggi kerajaan. Apa yang jelas kini ialah segala penipuan SUARAM untuk menggambarkan berlakunya rasuah dan juga penglibatan pemimpin tertinggi dalam pembunuhan adalah satu perancangan yang telah disusun rapi oleh mereka. 
Sehubungan dengan itu, adalah tidak mustahil bahawa kematian Altantuya itu sendiri adalah termasuk dalam perancangan mereka. Di tambah pula dengan versi-versi akuan bersumpah dan skrip U-turn dan S-turn yang ditulis oleh pihak PR dan SUARAM mengenai kes ini yang menyebabkan kita semakin musykil akan peranan sebenar PR/SUARAM dalam kes ini. 
Ini kerana, hanya orang yang bersalah yang mempunyai banyak versi dalam penceritaan. 
Sedangkan di pihak kerajaan, rekod menunjukkan bahawa jawapan mengenai scorpene mahupun Altantuya tidak pernah berubah. Malah, kerajaan dan Dato’ Seri Najib tidak tahu menahu mengenai kisah atau latarbelakang wanita tersebut. 
Yang begitu arif tentang sejarah Altantuya adalah SUARAM / PR sehinggakan mereka dapat mengesan Altantuya di Perancis pada ketika tertentu walaupun polis Perancis sendiri tidak punya rekod kemasukan Altantuya ke negara itu. Bukankah ini sesuatu yang pelik?
Sahlah bahawa isu sebenar di sini bukanlah scorpene mahupun Altantuya, tetapi SUARAM dan PR serta apa yang mereka sanggup lakukan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. 
Mungkin menyedari bahawa mereka telah ‘terperangkap’ kali ini maka media mereka, terutamanya, blog Lim Kit Siang, telah memaparkan beberapa artikel yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia ‘kecut-perut’, berpeluh-peluh dan menggeletar apabila isu scorpene dibangkitkan SUARAM. Tetapi, apa yang menarik ialah puak-puak PR ini tidak langsung menafikan bahawa SUARAM dibiayai dana asing malah membela tindakan itu dengan alasan kerajaan juga menerima dana asing?
Alasan ini menunjukkan betapa pihak mereka terdesak dan kehilangan arah serta hujah untuk membela SUARAM. 
Mereka boleh terus mencuba untuk menggambarkan ‘ketakutan’ kerajaan, tetapi rakyat nampak siapa yang takut dan siapa yang tidak. Yang takut ialah mereka yang enggan bersumpah atas nama Allah S.W.T sedangkan Dato’ Seri Najib telah pun bersumpah sebanyak 4 kali bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya.
Yang takut ialah mereka yang gelabah, kerap memusing cerita, membuat akuan bersumpah dan kemudian menariknya kembali, menulis dengan penuh butiran terperinci dan kemudian menafikannya pula. 
Dan yang takut adalah mereka-mereka yang lari keluar negara dan enggan berhadapan dengan mahkamah walaupun kononnya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan ceritanya. 
Siapakah mereka-mereka ini jika bukan puak-puak Pakatan Rakyat sendiri. Kini, dengan kaitan SUARAM dengan agen asing semakin ketara, puak-puak PR ini semakin kecut-perut, dan berusaha sedaya upaya untuk meremehkan penerimaan dana asing tersebut. 
Jika PR tidak turut terlibat dengan agen asing, kenapa PR perlu membela agen asing seperti SUARAM? Kenapa pula PR tidak melihat kesalahan dalam menerima dana asing dan menjadi talibarut asing? 
Jawapannya ialah kerana SUARAM itu adalah PR. Maka kesimpulannya di sini ialah PR adalah agen asing a.k.a pengkhianat negara!

Karpal VS Nasha: Satu Lagi Sandiwara?

Sehingga ke hari ini, kita masih tidak dapat merasionalkan kerjasama antara DAP-PAS. Ini berdasarkan kedua-dua parti berpegang kepada prinsip yang bukan hanya berbeza, tetapi bertentangan atau berlawanan antara satu sama lain iaitu PAS memperjuangkan Islam dan DAP pula menentang Islam. 

Walaupun telah berkali-kali bertelagah, berbincang dan berbalah lagi dan kemudian berdamai lagi, kedua-dua parti masih belum dapat mencari titik pertemuan dalam perjuangan mereka tetapi masih kekal bekerjasama atas dasar ingin sangat berkuasa. 

Akibatnya, kedua-dua parti sering terperangkap dalam kata-kata sendiri yang ada kalanya bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai mereka dan ada kalanya bertentangan dengan kehendak penyokong-penyokong sendiri dan juga sebaliknya. 

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa asas kerjasama DAP-PAS sebenarnya adalah sandiwara. 

Akhir-akhir ini, kedua-dua parti nampaknya mula sedar bahawa akibat dari sikap dan tindakan mereka yang sering bercanggah, maka parti PAS semakin diragui di kalangan penyokong sendiri, dan begitu juga DAP yang mana pendirian dan sikap mereka mula dipersoal oleh masyarakat. 

Bagi memulihkan sokongan, DAP perlu terus dilihat oleh penyokongnya sebagai tegar, tegas dan keras menentang hudud dan segala bentuk ‘pengIslaman’ oleh PAS, manakala PAS pula perlu kembali dilihat tegar, tegas dan keras ingin melaksanakan hudud dan ‘mengIslamkan’ lagi Malaysia. 

Untuk itu, kedua parti perlu terus bertelagah secara lantang, cabar mencabar hatta mencemuh dan menghina sesama sendiri bagi meyakinkan penyokong masing-masing yang mereka benar-benar serius mempertahankan pendirian masing-masing serta memberi harapan bahawa parti mereka pasti akan dapat menguasai parti sekutu lain dalam PR apabila menang nanti. 

Berdasarkan hakikat ini, maka kita melihat adalah tidak mustahil pertelagahan antara Nasharuddin dan Karpal Singh berkenaan hudud hanyalah satu sandiwara, begitu juga apabila Nasharuddin menyarankan agar PAS mengkaji semula kerjasama dalam PR dan Karpal pula mengugut untuk menyaman beliau. 

Kerana itulah, tiada tindakan diambil ke atas Nasharuddin oleh PAS, dan Karpal juga masih belum mengemukakan saman terhadap Nasharuddin. 

Benar, kumpulan Anwarinas ingin benar agar Nasharuddin dipecat atas dasar beliau mewakili golongan ulama, tetapi mereka juga tahu yang mereka memerlukan Nasharuddin untuk terus melakonkan adegan ‘pejuang Islam’ bagi pihak PAS untuk menang pilihanraya. 

Oleh yang demikian, kita bolehlah menjangkakan sandiwara pertengkaran Nasha-Karpal akan berterusan seadanya sehinggalah pilihanraya tanpa ada apa-apa tindakan dari mana-mana pihak dari kedua-dua belah parti. 

Sandiwara ini hanya akan berakhir jika PR benar-benar berjaya memenangi PRU kali ini. Namun, ini bukan bermakna keadaan akan menjadi lebih baik, sebaliknya bakal menjadi jauh lebih buruk kerana walaupun mereka berhenti bersandiwara, mereka tidak akan berhenti bertengkar. 

Dalam ertika lain, pertengkaran mereka bukan lagi sandiwara tetapi nyata dan benar belaka dan rakyat pasti akan menanggung akibatnya.