Tuesday, April 16, 2013

#PRU13 #GE13 PENGUMUMAN CALON-CALON BN PERAK

 


 Majlis Pengumuman Calon BN Perak
 (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO)

Sebentar tadi mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak yang bertanding di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Bangunan UMNO Ipoh.  Kali ini Perak Menampilkan 35 muka baru untuk kerusi DUN dan 11 muka baru untuk kerusi Parlimen.

Tranfomasi yang berlaku di Perak jugak menampil kan 11 lagi calon muda yang bertanding di Parlimen Parit Buntar Saudara Muamar Gaffadi Jamaluddin(Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia) dan calon termuda di malaysia Saudara Daniel Wo Wai How(MCA) yang berusia 25 tahun menyandang kerusi di DUN Keranji.

Lapan lagi kerusi DUN akan diwakili calon wanita termasuklah Ketua Puteri Perak, Salbiah Mohamed yang bertanding di DUN Temengor, Datuk Hamidah Osman (Sungai Rapat), Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubuk Merbau) dan Nolee Ashilin Mohd Radzi (Tualang Sekah).

SENARAI NAMA CALON MENGIKUT KERUSI PARLIMEN DAN DUN NEGERI PERAK

GERIK - DATO' HASBULLAH OSMAN
N.01 PENGKALAN HULU - AZNIL IBRAHIM
N.02 TEMENGGOR - SALBIAH MOHAMED


LENGGONG - DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH

N.03 KENERING - DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS
N.04 KOTA TAMPAN - DATO' SAARANI MOHAMAD


LARUT - DATO' HAMZAH ZAINUDDIN

N.05 SELAMA - DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF
N.06 KUBU GAJAH - HASBULLAH ALIAS
N.07 BATU KURAU - DR MOHD AMIN ZAKARIA


PARIT BUNTAR - MOHD GHADAFFI

N.08 TITI SERONG - ABU BAKAR MAT ALI
N.09 KUALA KURAU - MOHD SALLEH MAT DISA


BAGAN SERAI - DR NOR AZMI GHAZALI

N.10 ALOR PONGSU - DATO' SHAM MAT SAAD
N.11 GUNUNG SEMANGGOL - ZULKARNAIN BIN ISMAIL
N.12 SELINSING - SHAHARUDDIN BIN AHMAD


BUKIT GANTANG - DATO' ISMAIL SAFIAN

N.13 KUALA SEPETANG - LOH SWEE ENG
N.14 CHANGKAT JERING - DATO' ROSLI HUSIN
N.15 TRONG - DR ZABRY ABDUL WAHID


TAIPING - DATO' TAN LIAN HOE

N.16 KAMUNTING - DATO' MOHD ZAHIR BIN ABDUL TALIB
N.17 POKOK ASAM - DATO' HO CHENG WANG
N.18 AULONG - SOO KAY PENG


PADANG RENGAS - DATO' SERI MOHD NAZRI ABDUL AZIZ

N.19 CHENDEROH - ZAINON MOHD NOOR
N.20 LUBUK MERBAU - DATO' SITI SALMAH MAT SUJAK


SUNGAI SIPUT - DATO' SK DEVAMANY

N.21 LINTANG - DATO' DZULKIFLY HJ HARUN
N.22 JALONG - LIEW YEU AW


TAMBUN - DATO' SERI AHMADHUSNI HANADZLAH

N.23 MANJOI - MOHD ZIAD DATO HJ MOHD ZAINAL
N.24 HULU KINTA - DATO' AMINUDDIN HJ MAT HANAFIAH


IPOH TIMOR - CATLINE WONG MEI YEN

N.25 CANNING - CYLIN TEI WEI LONG
N.26 TEBING TINGGI - TONY FOO BON CHEW
N.27 PASIR PINJI - DATO' KONG FAH CHONG


IPOH BARAT - DR. CHENG WEI YEE

N.28 BERCHAM - LIEW WEI SHANG
N.29 KEPAYANG - CHANG KONG ONG
N.30 BUNTONG - SILVARAJ A/L CHANDRAN


BATU GAJAH - LOH TENG TAK

N.31 JELAPANG - MORGAN AL/ SUBRAMANIAM
N.32 MENGLEMBU - LOW GAH YAN
N.33 TRONOH - LIP TZE CHAI


KUALA KANGSAR DATO' WAN MOHD KHAI-RIL

N.34 BUKIT CHANDAN - MASLIN SHAM RAZMAN
N.35 MANONG - MOHD KAMIL DATO SHAFIE


BERUAS - DATO' CHANG KO YOUN

N.36 PENGKALAN BAHARU - DATO' ABDUL MANAF YASSIN
N.37 PANTAI REMIS - FOH SIOW YUN


PARIT - DATO' MOHD ZAIM ABU HASSAN

N.38 BELANJA - MOHD NIZAR ZAKARIA
N.39 BOTA - DATO' NASARUDDIN HASHIM


KAMPAR - DATO' LEE CHEE LEONG

N.40 MALIM NAWAR - CHANG BO CHIANG
N.41 KERANJI - DANIEL WA WAI HOU
N.42 TUALANG SEKAH - NOLEE ASHILIN DATO' MOHD RADZI


GOPENG - DATO' TAN CHI MENG

N.43 SUNGAI RAPAT - DATO' HAMIDAH OSMAN
N.44 SIMPANG PULAI - DATO' CHANG KO YUN
N.45 TEJA - YUE SAW KAM


TAPAH - DATO' M. SARAVANAN

N.46 CHENDERIANG - DATO' DR MAH HAN SON
N.47 AYER KUNING - DATO' SHAMSUDDIN ABU HASAN


PASIR SALAK - DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

N.48 SUNGAI MANIK - DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN
N.49 KAMPUNG GAJAH - ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI


LUMUT DATO' SERI KONG CHONG HA

N.50 SITIAWAN - TIM KAI FOOK
N.51 PASIR PANJANG - RASHIDI IBRAHIM
N.52 PANGKOR - DATO' SERI ZAMBRY ABDUL KADIR


BAGAN DATOH - DATO' SERI ZAHID HAMIDI

N.53 RUNGKUP - DATO' SHAHROL ZAMAN YAHYA
N.54 HUTAN MELINTANG - SUBRAMANIAM A/L RAMANI


TELUK INTAN - DATO' MAH SEW KEONG

N.55 PASIR BEDAMAR - DATO' M. KEYVEAS
N.56 CHANGKAT JONG - MOHD AZHAR JAMALUDDIN


TANJUNG MALIM - DATO' ONG KA CHUAN

N.57 SUNGKAI - GOH KIM SWEE
N.58 SLIM - DATO' KHUSHAIRI ABDUL TALIB
N.59 BEHRANG - DATO' R
USNAH KASSIM

HAJI HADI PENIPU!!!


Presiden PAS cuba untuk mempertahankan orang kanannya
mengenai isu video seks nya.
Semalam Presiden PAS berkata Setiausaha nya sebenarnya sakit lutut dan sudah beberapa tahun terpaksa solat di atas kerusi.
Ini baru betoi kata Nik Aziz sembahyang tokseh pahala.
Patut lah aksinya di dalam video tersebut tak seperti aksi sahabat beliau iaitu Penasihat PKR.
Setiausaha PAS perlu mendapatka perkhidmatan nasihat dari sabahat beliau.
Kalau nak mempertahankan Setiausaha dia pon biar lah kena pada gaya.
Sebelom ni Setiausaha PAS mengaku di dalam video tersebut adalah isteri no 2.
Pakat ramai la ahli-ahli PAS PIS PUS kena kencing haring.

Monday, April 15, 2013

#TolakPR #VoteBN KEZALIMAN PAS

Peristiwa meroboh Masjid Desa Makmur, RTB Kg. Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada Khamis, 2.10 petang 26 Mei 2005 telah menjadi 1 kredit bagi PAS untuk mengatakan UMNO zalim selepas kejatuhan Kerajaan HAJI HADI AWANG ketika itu

Peristiwa itu masih lagi di bawa oleh penceramah-penceramah PAS hingga kini untuk menunjukkan bertapa zalim nya UMNO semasa UMNO mengambil alih Terangganu tahun 1994. Sepanjang pemerintahan PAS (1999-2004)  di Terenganu masih ramai tidak tahu dan tidak di ceritakan oleh penceramah PAS tentang kezaliman PAS masa Kerajaan di ambil alih oleh pihak PAS. 

Masjid’ Bujal tu hakikatnya adalah sebuah premis yg di dirikan secara tergesa-gesa oleh penyokong Pas dalam usaha mereka utk menghalang kerajaan Terengganu daripada mengambil semula tanah tersebut selepas di bahagi-bahagikan oleh kerajaan Pas sebelumnya kepada penyokong mereka.
Ia bukannya tanah wakaf utk masjid atau surau, bukan jugak tanah persendirian sebaliknya tanah berkelompok yg di bahagi-bahagikan sesuka hati kepada penyokong parti tanpa mengikut saluran yg betul.

video


SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi.

2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’

3. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

4. UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT:Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya.

5. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis).

6. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa.

7. KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

8. PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas.

9. TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001.

10. IMBUHAN HADFIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.

11. PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK.

12. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)

13. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

14. PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.

15. CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan.

16. JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu.

17. POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih ¼ juta RM.

18. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu.

19. HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

20. TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

21. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar.

22. PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda.

23. KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas.

24. LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas.

25. RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas.


Pas dicabar jelaskan pengurniaan tanah rizab

Oleh MARZUKI YUSOFF (www.utusan.com.my)

KUALA TERENGGANU 30 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mencabar Pas untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya mengurniakan banyak lot tanah rizab kerajaan kepada golongan kaya semasa parti itu memerintah negeri ini.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sabri Alwi berkata, para pemimpin Pas semasa menerajui kerajaan negeri dulu perlu menjelaskannya kerana rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, berdasarkan kepada senarai penerima lesen menduduki sementara (LMS) bagi tanah-tanah rizab kerajaan semasa Pas memerintah negeri ini, banyak daripadanya adalah golongan berpendapatan tinggi sehingga hampir RM15,000 sebulan.

``Kita juga mahu Pas menjelaskan ke mana perginya wang yang dibayar oleh sesetengah penduduk kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi proses mendapatkan tanah-tanah tersebut.

``Pemuda UMNO sudah menerima beberapa nama penduduk terbabit yang telah membuat pembayaran tetapi tidak mendapat tanah-tanah kerajaan itu,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini, petang ini.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya sebelum ini mengelak campur tangan dalam isu tersebut kerana menganggapnya sebagai `isu pentadbiran' yang perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan.

``Tetapi Pas nampaknya telah menggunakan tindakan pihak berkuasa mengambil semula tanah-tanah rizab daripada sesetengah penerima LMS yang telah tamat tempoh untuk menghasut dan meracuni rakyat.

``Langkah Pas itu adalah bagi mengelabui mata rakyat dan cuba menutup tindakan mereka yang bertentangan dengan undang-undang sebelum ini,'' tegasnya.

Mengenai isu `masjid' di Kampung Bujal, Beris Meraga, Kemaman, yang dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Pas, beliau berkata, premis itu bukannya masjid tetapi premis yang akan dijadikan markas parti pembangkang itu.

``Pemuda UMNO difahamkan premis itu didirikan secara tergesa-gesa selepas beberapa notis pengosongan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

``Lebih pelik lagi ialah apa yang didakwa kononnya sebagai masjid itu dibina di kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang tidak mempunyai penduduk dan penduduk sekitar boleh menggunakan masjid sedia ada yang dibina oleh kerajaan,'' katanya.

Beliau menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil tuduhan Pas mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri bertindak zalim merobohkan masjid sedangkan banyak masjid baru dibina.

Menurut Mohd. Sabri, pihaknya percaya propaganda Pas berhubung isu tanah itu adalah bagi menyelamatkan karier politik pemimpin mereka yang kini menerima tekanan daripada penyokong dan ahli parti itu yang telah membuat bayaran kepada JSR bagi urusan mendapatkan tanah-tanah itu dulu.

``Pemuda UMNO mahu penyokong Pas yang menghadapi masalah supaya tampil bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung cara pengagihan dan pembayaran dibuat bagi mendapatkan tanah-tanah tersebut,'' ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan hari ini kesal kerana Pas melakukan pembohongan apabila menuduh berlaku kezaliman dalam isu merobohkan masjid di Kampung Bujal itu.

``Apa yang dirobohkan itu hanya sebuah premis yang didirikan secara tergesa-gesa tanpa kebenaran pihak berkuasa dan dipanggil masjid oleh pembangkang bagi melindungi mereka yang telah melanggar undang-undang.

``Kalau di kawasan RTB Kampung Bujal memerlukan masjid, kenapa tidak dibina ketika Pas memerintah dan mewartakannya tetapi mereka berbuat demikian selepas kalah,'' tegasnya.

Selain itu, menurut Ahmad Shabery, para pemimpin Pas perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa dalam tempoh parti itu memerintah Terengganu dulu, tiada masjid yang dibina di daerah Kemaman sedangkan terdapat keperluan ketika itu.

``Kami sedang memantau perkara ini dan akan mengambil langkah-langkah perlu yang sesuai termasuk membuat laporan polis,'' katanya.

*DI KEDAH PAS MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIYYAH YANG BERUSIA SEKITAR 100 TAHUN*

Saturday, April 13, 2013

#TolakPR #VoteBN HADI MEMPERTAHANKAN MUSTAFA ALI

Martabat Mustafa Ali lebih tinggi kalau tengok video tersebut?
Dengan video tersebut Hadi kata boleh meninggi kan PAS?
Tak perlu ambil tindakan?
Bukan perkara besar?


Klik gambar untuk video

#TolakPR #VoteBN Pendedahan Sidek Baba Tentang Anwar Ibrahim

Prof Dato Dr. Sidek Baba yang menerangkan perangai sebenar bekas rakan baik beliau, Anwar Ibrahim. Antara sebab-sebab beliau meninggalkan Anwar ialah: 1. Masalah Keruntuhan Moral Anwar 2. Sokongan Anwar Kepada Pluralisme 3. Kredibiliti Anwar. (Klik pada gambar untuk video)

DAP DI KANTOI KAN OLEH AHLI NYA SENDIRI #TolakPR #GE13 #PRU13


Sebelom ini Malaysia sudah di gemparkan dengan pendedahan oleh ahli DAP sendiri Mohamed Razali Abdul Rahman tentang perancangan DAP mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Kristian bagi berkonspirasi menubuhkan sebuah negara Kristian.


Serang lagi bekas ahli DAP, Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini telah mendedahkan tektik kotor PKR pada Pilihanraya #PRU13 nanti . Nampak nya senjata makan tuan. Kita dah boleh nilai bertapa jahat nya Pemimpin-Pemimpin PR dengan tektik kotor mereka semata-mata untuk ke Putrajaya sangup melakukan apa saja.


Tunku Aziz mendakwa, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian. Untuk Keterangan Lanjut Klik Di Link Ini.


PAS pon bagaikan ibarat seperti lembu yang di ikat di hidung sehingga sangup menghalalkan cara semata-mata untuk ke Putrajaya. Disini ternyata la PAS ini tungangan DAP dan PKR. Bersengkokol dengan kegiatan jahat DAP dan PKR. DI mana pegangan PAS yang kononnya parti Islam? 






Tak mengejutkan. Pakatan memang pakar timbulkan huru-hura dan salahkan SPR atau UMNO.
Berhati-hatilah dengan taktik jahat Pakatan Rakyat. Mereka masih main sentimen “mangsa” segala-galanya.
Dah lebih 10 tahun guna taktik sama. Rakyat dah boleh baca taktik jijik Pakatan macam ni.

Friday, April 12, 2013

SETIAUSAHA AGUNG PAS MELETAK JAWATAN


Setelah tersebarnya video aksi panas beliau yang di dedahkan oleh AMK rakan perjuangan beliau.

Beliau mengambil tindakan untuk meletak jawatan Setiausaha Agung Pas.

Tindakan beliau adalah tindakan yang patut di contohi oleh Penasihat Umum PKR.

Tahniah Cikgu pa

APA!!! KETUA PKR CABANG BAGAN SERAI BERTANDING TIKET BEBAS!!!

Dalam desas desus perebutan kerusi Alor Pongsu antara PKR dan PAS akhir nye terjawap Ketua PKR Cabang PKR telah mengisi borang untuk bertinding Dun Alor Pongsu atas tiket BEBAS..

Apa dah jadi ni yop. Masih tak selesai ke masalah dalaman antara Ketua PKR dengan Timbalan Ketua PKR?

Patut la PAS Bagan Serai sekeras-kerasnya mahu kan kesemua kerusi di Bagan Serai.

Rupa nya ada pengolakan dalaman.

Sekarang kerusi Dun Alor Pongsu semakin panas...

PANAS!!! Video Setiausaha Agung PAS


Di dalam kesibukan Nik Aziz mencerita tentang Sembahyang UMNO tidak dapat pahala. Tetapi hakikat nya di dalam PAS sendiri masih ada yang melakukan perbuatan berzina. Video Setiausaha Agung PAS kini sudah tersebar luas adakah perbuatan Setiausaha Agung PAS ini halal bagi Nik Aziz? 

Sekira nya benar Nik Aziz seorang Tokoh Ulamak yang di sanjung tingi dan di puja-puja oleh ahli PAS apa tindakan Nik Aziz terhadap perbuatan  Setiausaha Agung PAS itu?

Apa masalah sebenar nya permasalahan antara PAS dan PKR? Sedang kan Setiausaha Agung PAS pernah mengeluar kenyataan bahawa PAS setia dalam PR. Tapi kini PKR sudah mengkhanati PAS.

Klip video yang berdurasi 11 minit 25 saat itu dikatakan telah disebarkan oleh 2 orang ahli Angkatan muda keadilan? (CLIK DI GAMBAR UNTUK VIDEO SEPENUHNYA)



Thursday, April 11, 2013

TIAN CHUA HILANG SOKONGAN, DIBENCI DI TEMPAT SENDIRI #TolakPR #GE13 #PRU13


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana keceluparan mulutnya merperlekeh-lekehkan tragedi di Lahad Datu beliau telah di halau keluar dari Sabah oleh penduduk-penduduk Sabah. Malah di tempat beliau sendiri Parlimen Batu sehinggakan ceramah beliau di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12.




Adakah ceramah beliau ini tidak dapat sambutan juga konspirasi UMNO?

Bukan pertama kali Tian Chua berkurang ajar, Tian Chua pernah dimasukkan ke Mahkamah kerana Mencederakan dan Menggigit anggota Polis yang selama ini menjaga Keselamatan nyawa dan harta bendanya. Menggigit adalah perbuatan seekor anjing, bukan manusia. Mahkamah memutuskan Tian Chua bersalah dan dihukum. Siapakah dia? Tian Chua manusiakah?

SIAPA LANGGAR ASKAR MELAYU INI HINGGA TERKORBAN, APAKAH INI JUGA SANDIWARA

Perbuatan Biadap Tian Chua semasa di Istana Negara, di mana DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara sedang berada dalam Majlis Rasmi yang penting. Tian Chua dengan sombong dan bongkaknya Mengejek Raja-Raja kita.

Seorang Ahli Parlimen PKR tergamak Superimposed Gambar Perdana Menteri kita Tanpa rasa Bersalah dan Berdosa. Inilah Watak Tian Chua...Tidak Menghormati Raja kita, Tidak Menghormati Darah-Darah Perajurit Negara yang terkorban, Tidak Peka kepada tangisan balu-balu dan anak-anak Perajurit Negara, Tidak Peka kepada Umat Islam yang Perdana Menteri mereka seorang Muslim.


PAKAR-PAKAR EKONOMI MEMUJI DAN YAKIN DENGAN MANIFESTO BN #ManifestoBN #APromiseofHope #GE13 #PRU13 #BetterNation

Manifesto BN yang di lancarkan pada 6 April 2013 yang di lancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Jalil  mendapat sambutan yang baik daripada rakyat malah jugak ramai pakar-pakar ekonomi memuji dan yakin dengan #ManifestoBN menepati kehendak rakyat, 

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, berkata manifesto itu kesinambungan program sedia ada kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat berpaksikan pertumbuhan ekonomi, bukan secara drastik seperti janji pakatan pembangkang. 


Mampu tunai janji 

“Manifesto BN berdasarkan tiga perkara utama, iaitu kritikal secara ekonominya, boleh dilaksanakan serta bergantung kepada kedudukan semasa dan pertumbuhan ekonomi negara. Pokoknya, ia cara bagaimana kerajaan merancang meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi perkara asas,” 

Noor Azlan memberi contoh, janji pembangkang menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pendidikan percuma, lebih bersifat drastik dan tidak mengambil kira kesan rantaian ekonomi, hanya memanfaatkan kelompok tertentu, tetapi memberi kesan kepada kelompok lain seperti ratusan kolej swasta. 

Mengenai penurunan harga kereta, beliau berkata, ia sepatutnya dilakukan secara berperingkat, selain daya saing pengeluar kereta nasional perlu ditingkatkan seperti digariskan dalam Manifesto BN kerana isu utama bukan penurunan harga, tetapi kuasa beli atau keupayaan rakyat mendapatkan khidmat, peluang dan peningkatan pendapatan. 

Kelompok sasar 

“Ini dilakukan BN melalui program transformasi dan produk 1Malaysia, termasuk BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Penekanan subsidi distruktur semula kepada kelompok sasar iaitu golongan pendapatan rendah,” katanya yang memuji janji BN menyasarkan RM1.3 trilion pelaburan menjelang 2020 bagi menyediakan 3.3 juta peluang kerja baru. 

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata peningkatan kadar BR1M adalah janji realistik yang mampu ditunaikan kerajaan BN, selari dengan sasaran menarik RM1.3 trilion pelaburan asing. 

“Ia juga sejajar peningkatan kos hidup rakyat dan akan membantu merancakkan ekonomi domestik sebab golongan bawahan akan terus berbelanja. Saya yakin dengan sasaran pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun serta menarik RM1.3 trilion pelaburan yang cukup untuk menampung BR1M,” katanya. 

Shazali berkata, dari segi ekonomi, bantuan sosial itu kesinambungan kepada dasar sedia ada berasaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi negara dan yakin jika perancangan kerajaan berjalan lancar, Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan hasil terus meningkat dan lebih banyak manfaat bakal dinikmati rakyat

ManifestoBN menepati kehendak rakyat, kata Presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Sebelom ni #TukangPikiaq pernah keluar kan artikal tentang  BN ATAU PR YANG MENIRU MANIFESTO dalam artikal ini #TukangPikiaq menulis panjang lebar siapa yang meniru. Sebenarnya mereka yang ciplak polisi-polisi BN. Untuk mengukuh kan lagi lihat video ini. (Clik gambar untuk video)














Tuesday, April 09, 2013

BUKTI KEJAYAAN PAS TARBIAH DAP!!!

Tahniah Nik Aziz telah berjaya mentarbiah DAP!!!
Baca ini jugak: clik disini

#TolakPR
#Pakatan15%
#SavePenang
#VoteBN

BN ATAU PR YANG MENIRU MANIFESTO

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. 

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Harga kereta

Manifesto PR
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.

Dasar Perumahan

Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR. 

Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MAKerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada. 

Kereta api laju

Manifesto PR
Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara. 

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembarPada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut. 

Lebuh raya Sabah dan Sarawak

Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.

Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.

Royalti Petroleum

Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji. 

Permit Teksi

Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?

Pangkalan data

Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan Statistik.

Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti rakyat akan mempercayai manifesto yang 'menjanjikan bulan dan bintang' tersebut?

Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.

Jadi, untuk apa dipercayai?

INSIDEN MEMALI - Menyingkap Sejarah





Sunday, April 07, 2013

Ops harimau belang untuk menakut kan pengundi UMNO #GE13 #PRU13 #VoteBN

#TukangPikiaq agak heran sejak 2/3 mingu ni kepada bilik gerakan UMNO Bagan Serai asik kena serang dengan orang PAS, orang-orang PAS memberi alasan bendera kami kena cabut.

#TukangPikiaq dok ronda jugak tak nampak pon bendera depa kena cabut. Rupa-rupanya depa ni memang sudah atur strategy untuk menakut-nakutkan orang-orang UMNO dan jugak pengundi UMNO.

Bagi #TukangPikiaq tindakan depa ni satu tindakan orang bodoh. #TukangPikiaq nak pesan pada orang-orang PAS Kawasan Bagan Serai kami orang UMNO tak gentar ops harimau belang ampa.

Lawan tetap lawan. Kami sudah nampak PAS sudah mula goyang untuk menerima kekalahan terok pada #PRU13

Manifesto BN adalah Akujanji




Aku janji bukan hanya janji tapi au janji yang menyeluruh.
Muat turun diManifesto BN: http://manifestopru13.com/

Saturday, April 06, 2013

Amanat Haji Awang Penuh Dengan Menghasut #VoteBN #TolakPR





Tokoh-tokoh PAS begitu ghairah menghurai dan menanamkan semangat jihad dan syahid di kalangan ahli-ahli dan penyokong -penyokong parti PAS. Oleh kerana terpengaruh dan taksub dengan penerangan yangdi sampaikan, maka timbul lah hasrat di kalangan mereka untuk berjihad menentang kerajaan yang dikafirkan oleh pemimpin mereka. Kelantangan para pemimpin PAS dalam menanam semangat jihad dan syahid mengikut pengertian mereka sendiri jelas terkandung dalam ceramah Haji Hadi Awang di Bangol Peradong terenganu pada 7 April 1981.
sedutan ucapan tersebut kemudian telah disebarkann oleh PAS dalam berbagai-bagai bentuk atas tajuk "Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Seruan jihad dan syahid seperti yang terkandung dalam "Amanat" ini sentiasa di laung-laungkan oleh para pemimpin PAS di setiap majlis ceramah dan perjumpaan mereka di merata tempat.



Menurut kenyataan Muhammad Yusof bin Husin(orang kanan Ibrahim Libya):
 "Amanat Tuan Guru Haji Hadi Awang menjadi satu pegangan yang konkrit kepada sebahagian besar ahli-ahli PAS. Saya telah berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman orang-orang UMNO itu kafir serta mati dalam perjuangan menetang kerajaan adalah mati syahid"

"Jihad yang dimaksudkan oleh Ustaz Ibrahim Libya kepada pengikut-pengikutnya ialah jihad dengan senjata menentang Kerajaan yang angkuh, berpura-pura hendak menjalankan hukum Islam, tetapi sebenarnya mereka tidak mahu. Pihak Polis juga bertindak mengikut undang-undang yang bukan Islam, kerana itu mereka juga harus diperangi kerana mereka hendak menghalang orang lain atau guru yang berjuang menegakkan islam"

"Ustaz Ibrahim Libya menyakinkan bahawa pada zaman ini pintu ke syurga begitu sempit sekali melainkan jika seseorang itu gugur syahid dalam peperangan menegakkan Islam. Mengikut interprestasinya, mati syahid adalah satu-satunya jalan atau cara yang boleh dicapai oleh Umat Islam sekarang kerana syahid syahid setaraf kedudukannya dengan para Ambiya, Awliya dan Solihin. Untuk menjadi Nabi sudah tiada ada peluang sebab Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi akhir zaman dan untuk menjadi Awliya atau pon wali juga terlalu sukar bagi orang-orang Islam biasa kerana ianya perlu kepada latihan kerohanian yang tinggi. Untuk menjadi orang yang solih pun sukar kerana iamya memerlukan kepada kepatuhan yang tinggi dengan mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah dan meningalkan apa yang ditegah olehNya secara total. Pilihan yang masih ada bagi orang Islam biasa hanya cara mati syahid kerana senang dicapai. Ini boleh dilakukan dengan berjuangatau menentang Kerajaan yang dikatakan tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran dan jugak terhadap sesiapa sahaja yang menghalang seseorang ulamak yang berjuang untuk menegakkan agama Islam"

Pertengahan tahun 1984 Ibtahim Libya terus menerus menyampaikan sikap pelampau dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS menerusi ceramah-ceramah anjuran PAS di negeri-negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Kegiatan itu menghasut di kalangan masyarakat Islam setempat.

Diantara hujah-hujah disampaikan:
19 mei 1984 di surau Kampung Cheh Bukit Gantang Perak"Al Quran dan Al Sunnah tidak wujud di negara ini. Sesiapa yang menolak hukum Al Qoran adalah murtad. Sekiranya takut berjuang untuk Islam lebih baik keluar PAS. Memperjuangkan Islam bukannya dengan sateraa tetapi dengan pedang kerana syurga terletak dibawah kilatan pedang"

12 jun 1984 di Kampung Musa Pedu Kuala Nerang Kedah"Menentang sesiapa saja dengan pedang walau pun adik, abang, pak cik atau datuk nenek kita sendiri dan jangan kita campuri mereka kerana mereka itu murtad. Jangan bercampur gaul dengan orang-orang UMNO yang telah kafir. Sembelihan mereka, masakan mereka adalah haram. Jangan kita hadiri kenduri mereka"

19 julai 1984 di Kampung Tualang Langar Kedah "Jangan takut dan gentar dengan tangkapan Kerajaan. Perjuangan PAS direstui Allah dan berdoa semoga semua pejuang PAS akan dimasukan ke dalam golonan syuhada. Bangkit menentang pemerintahan 2M dengan apa cara sekalipun dan jika perlu, nyawa dan harta benda di korbankan"

Kegiatan Mengkafir Dan Memulau Di Mamali


Peristiwa di kampung Memali, Baling pada 19 November 1985 yang meragut nyawa termasuk 4 orang angota Polis. Tragedi tesebut telah mencemarkan imej negara. Kejadian itu berpunca daridapa tindakan di luar lunas-lunas demokrasi oleh sekumpulan orang-orang yang mencabardan mengenepikan prinsip undang-undang negara.

Golongan-golongan pelampau ini jugak menanamkan semnagat jihad dan syahid yang diputerbelit mengikut tafsiran dan kepentingan politik PAS. Dengan cara itu, mereka telah berjaya mempengaruhi dan menyakinkan penduduk Kg Mamali mengatakan kerajaan itu kafir dan perjuangan PAS adalah jihad. Matinya orang-orang PAS di angap syahid.

Kejadian sebenar yang berlaku di kampung Mamali telah dihasut oleh orang-orang tertentu untuk menghasut penduduk untuk menentang dan mengulingkan kerajaan secara kekerasan.

Ibrahim bin Mahmood atau Ibrahim Libya dilahirkan di kampung Charok Puteh Baling Kedah lahir pada 1 julai 1942. berkerja di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Meletak jawatan tersebut pada 16 Januari 1976. Pulang ke KG Mamali untuk mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah.
Bertanding sebagai calon Pas bagi Adun pada Piliharaya Umum bulan julai 1978 dan Pilihanraya bulan April 1982 tetapi kalah dalam kedua-dua pilihanraya berkenaan.

Sejak aktiviti PAS ditingkatkan oleh Ibrahim Libya di KG Mamali , tindakan mengkafir sesama islam, memulau dan menanam konsep jihad dan syahid menjadi ketara. Orang-orang PAS di Kg Memali telah mengangap orang-orang UMNO dan pasukan polis kafir. Semangat menentang Kerjaan dan Polis makin bertambah kuat dari masa ke semasa apabila kumpulan Ustaz Ibrahim mendapat pujian daripada pemimpin-pemimpin PAS.

Dalam hal kematian , jika ada orang PAS yang meningal, sebahagian besar orang UMNO akan datang berziarah. Tetapi jika ada kematian di kalangan orang UMNO , Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut nya tidak pergi menziarah jenazah tersebut.

Masyarakat Mamali mengadakan sembelihan korban di Madrasah Islahiah Diniah pada tiap-tiap tahun. Ustaz Ibrahim Libya tidak membenarkan orang-orang UMNO dijemput dan daging korban tidak disedekahkan kepada mereka dengan alasan orang UMNO kafir.

Perangai Ustaz Ibrahim Libya sangat garang ramai ahli PAS dan lain-lain orang tidak setuju dengan sikap Ustaz Ibrahim. Oleh kerana takut di pulau, pengikutnya dan orang kampung terpaksa menurut apa yang di suruh oleh Ustaz Ibrahim. (menurut cerita Sulaiman bin Mahmod, Setiausaha PAS Cawangan Kg, Charok Kedah)

Pada awal tahun 1984, Haji Abdul Rahman bin Jusoh(ahli PAS Kg Benhah Sawa) telah mengadakan kenduri perkhawinan anaknya dan di antara tetamu undangan anak sedaranya ahli UMNO. Ibrahim Libya dan beberapa orang pengikutnya telah memulaukan majlis tersebut dan seterusnya dalam satu kuliah agamanya, Ibrahim Libya menyatakan "orang-orang seperti itu(Haji Abdul Rahman) tidak harus dijawap salamnya dan tidak boleh dijadikan islam"

Pada April 1985, Majlis perkhawinan anak perempuan Abdullah bin Waboh(Ahli PAS Kg Charok) bapa saudara kepada Ibrahim Libya. Ibrahim Libya serta pengikut-pengikutnya  telah memulaukan majlis bapa saudara nya sendiri dengan alasan pengantin lelaki itu anggota polis dan ibubapa pengatin lelaki tersebut merupakan ahli UMNO. Di dalam kuliah agama selepas majlis perkhawinan tersebut Ibrahim Libya menyatakan "bahawa perkahwinan di antara orang islam (PAS) dengan orang yang menentang PAS (UMNO) tidak sah"







Friday, April 05, 2013

Parti PAS Yang Rosak #BNBagus #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #Najib4PM #Transformasi #BetterNation




7 April 1981 di kg, Banggol Peradong, Kuala Terengganu
" Saudara-saudara sekalian, peracayalah kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno. Kita menentang BN, bukan kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka....
-Haji Abdul Hadi Awang


Januari 2003 di hadapan petugas pilihanraya menjelang pru 11
"Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Arternatif dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukan persoalan Negara Islam dan pelaksaan hudud diperingkat persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada"
-Haji Abdul Hadi Awang

Nah ! Dewan Pemuda Pas Pusat Cap Bodoh sebijik @tantawi100










Salam to all

Kan free free dah kena cap bodo. nilah kesan dia berkawan dengan toya mat amin DAP. Dari pengiraan undi CEC sampai kos utk projek terowong dasar laut pengiraan adalah salah. Betul cakap Tun M. Kalau berkawan dengan penipu kita pon jadi penipu. Macam tu laa terjadi pada dewan pemuda pas. Bangang tahap cipan.

Dari segi pengiraan Dah salah beb. Komen dengan emosi ke beb. Baghal..
Itulaa dok cari salah UMNO sampai sampai salah sendiri x nampak. Puihht..
Jom mengira semua. Kalau x belajar mengira sekarang nnt bila kira undi masa PRU13 dah nampak sapa nak jadi beruk melompat2 macam kera kata SPR salah laa UMNO salahlaa..
Sudahlah aku hanya nak gelak Ha Ha Ha ! 3x cukup..

Islam hudud islam #TolakPR #BoLaWei #PRU13

Seringkali disebut oleh pemimpin Pas andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 tengah malam maka undang-undang Islam akan terlaksana pada 12.01 minit.
Apabila Terenganu telah di ambil alih oleh rejim Pas Haji Hadi mula membuat pusingan 360 darjah. Hj Hadi kata Hudud hanya 0.0001% sahaja dalam Al-Quran.
Dulu hinga kafir mengkafir kerana isu ini. Sekarang adakah Pas sudah mengkafirkan diri nya sendiri?

Tipu daya pihak pembangkang untuk mengelirukan mengundi


Selangor tolak @Khalid_Ibrahim #SelamatkanSelangor #TolakPR #GE12 #PRU13

Ketua cabang pkr kuala selangor telah mendedah kan menteri besar selangor telah menyeleweng duit rakyat sebanyak Rm 20,000.
Selama ini ramai tokoh pemimpin pkr amat sanjung menteri besar selangor mengata kan beliau sangat telus dan jujur. Abis 1 kampung depa dok menjaja yg si gagap ni orang yg jujur.
Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee jawa...#Bo La Wei
video

#SayangiSelangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji